Connect with us

Terkini

Jemput profesor pro-Israel, UM mohon maaf

Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi menjemput Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland sebagai penceramah jemputan ke universiti itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kenyataan dari Universiti Malaya.
  • Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi menjemput Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland sebagai penceramah jemputan ke universiti itu.
  • UM berkata pihaknya mengambil tindakan serta-merta membatalkan sebarang program dan aktiviti melibatkan penceramah jemputan warga asing itu.
  • “UM ambil maklum saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Kami kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.
  • “Laporan lengkap berhubung isu tersebut sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati turut terlibat dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
  • UM berkata pihaknya sedang menambah baik prosedur dan garis panduan lebih ketat, terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama, termasuk kajian penilaian risiko profil media sosial, bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
  • Terdahulu, UM dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi menjemput Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland sebagai penceramah jemputan ke universiti itu.

UM berkata pihaknya mengambil tindakan serta-merta membatalkan sebarang program dan aktiviti melibatkan penceramah jemputan warga asing itu.

“UM ambil maklum saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Kami kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.

“Laporan lengkap berhubung isu tersebut sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati turut terlibat dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

UM berkata pihaknya sedang menambah baik prosedur dan garis panduan lebih ketat, terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama, termasuk kajian penilaian risiko profil media sosial, bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

Katanya, UM turut mengecam kenyataan terbaru individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia

“Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

“Pihak UM akan terus mendukung pendirian kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah,” katanya.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti dijadual dihadiri penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetus kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

Zambry turut mengarahkan universiti berkenaan menyiasat perkara berkenaan dan melaporkan segera butiran lanjut.

Terdahulu, UM dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *