Terkini
Ahli upacara agama Cina memandu sambil tutup mata
Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain akan diambil tindakan oleh pihak polis.
- Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain akan diambil tindakan oleh pihak polis.
- Sebuah syarikat di Bandar Changhua, Taiwan menjemput seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina (Ji Tong) untuk mengadakan upacara keagamaan di syarikat itu, lapor TTV News di Youtube.
- Polis berkata tindakan itu telah melanggar undang-undang jenayah, membahayakan keselamatan awam dan undang-undang jalan raya.
- Individu terbabit telah dipanggil pihak polis bagi siasatan lanjut.
Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain akan diambil tindakan oleh pihak polis.
Sebuah syarikat di Bandar Changhua, Taiwan menjemput seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina (Ji Tong) untuk mengadakan upacara keagamaan di syarikat itu, lapor TTV News di Youtube.
Dalam sebuah video yang tular, Ji Tong itu kelihatan memandu ke dalam syarikat itu sambil menutup mata menggunakan sehelai kain merah.
Terdapat orang awam yang menyaksikan tindakan itu berkata ia adalah keajaiban tuhan.
Polis berkata tindakan itu telah melanggar undang-undang jenayah, membahayakan keselamatan awam dan undang-undang jalan raya.
Siasatan awal polis menunjukkan Ji Tong itu memandu sejauh 240 meter.
Individu terbabit telah dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ji Tong merupakan individu yang menjadi perantara roh dalam upacara kepercayaan Cina di mana masyarakat Cina percaya dewa akan memasuki badan Ji Tong untuk berinteraksi dengan manusia. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube TTV News