Connect with us

Video

(VIDEO) PDRM tidak boleh keluarkan notis merah Interpol terhadap lelaki hina Islam dan Sultan Selangor

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri).
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman baru-baru ini.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ini kerana isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3 Interpol.
  • “Justeru, PDRM mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020,” katanya dipetik Malaysiakini di sini hari ini.
  • Beliau memaklumkan terdapat 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki terbabit sejak 2017.
  • “Berkaitan video tular baru-baru ini, PDRM percaya ia dimuat naik dari luar negara.
  • “Kami akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.
  • Terdahulu, media melaporkan tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas PDRM.

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ini kerana isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3 Interpol.

“Justeru, PDRM mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020,” katanya dipetik Malaysiakini di sini hari ini.

Beliau memaklumkan terdapat 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki terbabit sejak 2017.

“Berkaitan video tular baru-baru ini, PDRM percaya ia dimuat naik dari luar negara.

“Kami akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas PDRM.

“…Saya tak kisah jika awak adalah sultan… saya tak kisah dengan semua kuasa awak…saya tak kisah apa syaitan yang awak sembah lima kali sehari. Hey Sultan Selangor, pertama, cakap dengan xxxxxx ustaz dan mufti untuk tutup mulut mereka. Jangan masuk campur, mengganggu hal agama lain.

“Kami hanya hormat siapa yang menghormati kami… Fikir sebelum awak keluarkan kenyataan. Raja-Raja Melayu, Ahli politik belacan! Jakim dan mufti-mufti gila kuasa…,” kata lelaki itu sambil berterusan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan sebagai berkata siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar dari Malaysia pada 2 November 2017. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending