Connect with us

Antarabangsa

Protes serangan Israel ke atas Gaza, Houthi serang enam kapal dalam tempoh 72 jam lepas

Houthi di Yaman pada Selasa berkata ia melancarkan enam serangan ke atas beberapa kapal dengan menggunakan dron dan peluru berpandu dalam tempoh 72 jam terakhir di Teluk Aden dan Laut Merah, lapor Reuters.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Houthi di Yaman pada Selasa berkata ia melancarkan enam serangan ke atas beberapa kapal dengan menggunakan dron dan peluru berpandu dalam tempoh 72 jam terakhir di Teluk Aden dan Laut Merah, lapor Reuters.
  • Houthi menyerang “Maersk Saratoga”, “APL Detroit” dan “Huang Pu” selepas mengenal pasti sama ada ia kepunyaan Amerika Syarikat (AS) atau British.
  • Ini termasuk kapal “Pretty Lady” yang didakwa sedang menuju ke Israel, kata jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree dalam satu kenyataan dipetik MEMO.
  • Houthi yang mengawal ibu kota dan kawasan paling ramai penduduk di Yaman bertindak menyerang perkapalan antarabangsa di Laut Merah sejak November lalu. 
  • Tindakan itu dilakukan atas usaha solidariti Houthi Yaman dengan rakyat Palestin yang diserang rejim zionis di Gaza, sekaligus menarik serangan balas sekutu Israel iaitu AS dan British sejak bulan lalu.

Houthi di Yaman pada Selasa berkata ia melancarkan enam serangan ke atas beberapa kapal dengan menggunakan dron dan peluru berpandu dalam tempoh 72 jam terakhir di Teluk Aden dan Laut Merah, lapor Reuters.

Houthi menyerang “Maersk Saratoga”, “APL Detroit” dan “Huang Pu” selepas mengenal pasti sama ada ia kepunyaan Amerika Syarikat (AS) atau British.

Ini termasuk kapal “Pretty Lady” yang didakwa sedang menuju ke Israel, kata jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree dalam satu kenyataan dipetik MEMO.

Houthi yang mengawal ibu kota dan kawasan paling ramai penduduk di Yaman bertindak menyerang perkapalan antarabangsa di Laut Merah sejak November lalu. 

Tindakan itu dilakukan atas usaha solidariti Houthi Yaman dengan rakyat Palestin yang diserang rejim zionis di Gaza, sekaligus menarik serangan balas sekutu Israel iaitu AS dan British sejak bulan lalu.

Yahya berkata Houthi turut menyerang dua kapal pemusnah AS di Laut Merah dan bandar Eilat di Israel.

Ia tidak begitu jelas sama ada sasaran yang disasarkan itu diserang menggunakan dron ataupun peluru berpandu.

Peningkatan kempen dron dan peluru berpandu Houthi terhadap perkapalan komersial telah menyekat perdagangan melalui Terusan Suez, yang menghubungkan Asia dan Eropah, dan memaksa banyak kapal mengambil laluan lebih jauh melalui Afrika. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *