Terkini
Isu stoking: Lelaki mohon maaf sindir Muslim terlalu ‘sensitif’ dengan kalimah Allah
Seorang lelaki membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah premis kedai serbaneka baru-baru ini.
- Seorang lelaki membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah premis kedai serbaneka baru-baru ini.
- Difahamkan, Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.
- “Saya Wai Loong meminta maaf pada semua umat Muslim dan mana-mana yang terasa hati dengan posting saya.
- “Saya amat sedih dan menyesal perbuatan saya… Terima kasih pada Panglima Aduka dan rakan-rakan menegur saya bahawa kalimah ALLAH itu saya telah salah guna..,” ,” katanya menerusi hantaran di FB hari ini yang turut memuat naik klip video dia bersama Tok Panglima Aduka.
- Selepas dijelaskan Tok Panglima Aduka berkenaan kepentingan kalimah Allah buat masyarakat Islam, Wai Loong berkata dia baru jelas bahawa kalimah Allah bukan sekadar ‘logo’ sebagaimana difahami sebelum ini dan penggunaannya tidak boleh dibuat main.
Seorang lelaki membuat permohonan maaf di Facebook (FB) kerana memuat naik status seakan-akan menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dalam insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah Allah di sebuah premis kedai serbaneka baru-baru ini.
Difahamkan, Chiok Wai Loong membuat permohonan maaf menerusi satu klip video selepas ditemui pengguna FB Tok Panglima Aduka yang mencari Wai Loong di rumah ibu bapa lelaki itu susulan hantaran FB ditulis Wai Loong tular di media sosial.
“Saya Wai Loong meminta maaf pada semua umat Muslim dan mana-mana yang terasa hati dengan posting saya.
“Saya amat sedih dan menyesal perbuatan saya…Terima kasih pada Panglima Aduka dan rakan-rakan menegur saya bahawa kalimah ALLAH itu saya telah salah guna.
“Maafkan saya seluruh rakyat Malaysia ,” katanya menerusi hantaran di FB hari ini yang turut memuat naik klip video dia bersama Tok Panglima Aduka.
Wai Loong sebelum ini menulis dua hantaran berbeza yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam iaitu berkenaan insiden stoking tertera tulisan kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan orang ramai.
The Merdeka Times mendapati kedua-dua hantaran itu sudah dipadamkan di FB Wai Loong, bagaimanapun tangkap layar hantaran berkenaan tetap ‘menular’ di media sosial, terutama Facebook.
Klip video permohonan maaf Wai Loong itu juga dikongsikan Tok Panglima Aduka yang menemui lelaki itu, pagi tadi.
Wai Loong dalam video itu mengakui kesalahannya menulis hantaran sedemikian dan menjelaskan ia dibuat sebelum ini untuk berkongsikan pandangan berkenaan kontroversi isu stoking tertera kalimah Allah dan menganggap ia bukan perkara serius.
Selepas dijelaskan Tok Panglima Aduka berkenaan kepentingan kalimah Allah buat masyarakat Islam, Wai Loong berkata dia baru jelas bahawa kalimah Allah bukan sekadar ‘logo’ sebagaimana difahami sebelum ini dan penggunaannya tidak boleh dibuat main.
“Sekarang ni saya mahu kasi tau sama you. Kita mahu jumpa sama you. You tanya pasal itu pasal Allah, Alif lam lam ha kan? Itu tulisan dekat stoking kan.
“You tahu tak, itu agama nama kita punya Tuhan sangat Agung tau. Sebab bila you buat sindir-sindir letak dekat you punya stokin, letak dekat you punya apa semua itu, you letak you punya gambar rela di hina apa semua.
“Bila kita punya Tuhan diletak di kaki itu sebenar sangat kotor cara itu, sangat-sangat bahaya, sangat sensitif. Kita ada 3R, kita terlindung dengan undang-undang. Kita masih hormat undang-undang.
“Awak pun kena hormat undang-undang. Jadi, awak kena faham yang bahawasanya kalimah Allah itu adalah milik umat Islam dan kami semua amat menyanjung,” kata Tok Panglima Aduka dalam klip video permohonan maaf Wai Loong itu.
Terbaharu, media melaporkan polis membuka dua kertas siasatan terhadap laporan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata sebanyak 42 laporan polis diterima dari seluruh negara berkaitan isu tersebut. – The Merdeka Times