Connect with us

Terkini

Isu sekolah vernakular: Pemilik The Merdeka Times selesai beri keterangan

Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilaporkan portal itu baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu sekolah vernakular:
Foto: Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilaporkan portal itu baru-baru ini.
  • Firdaus Wong berkata selepas ini Ketua Pengarang TMT, Syafinaz Yunus dan penyunting video mereka juga akan dipanggil polis untuk memberi keterangan sebagai saksi.
  • “Saya sebagai pemilik The Merdeka Times akan menyokong kedua-dua staf TMT & juga terus menyokong Datuk Prof Dr. Teo Kok Seong,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.
  • Setakat jam 2 petang hari ini, Ketua Pengarang TMT dan penyunting video portal media terbabit difahamkan juga sudah selesai memberi keterangan di IPD Brickfields.
  • Pada 8 Mac lalu, Firdaus Wong memaklumkan beliau bakal memberi keterangan kepada polis berhubung isu berkenaan dan menegaskan akan mempertahankan kenyataan Kok Seong yang dilihat sebagai fakta.
  • Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada PDRM sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Presiden DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.

KUALA LUMPUR — Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilaporkan portal itu baru-baru ini.

Firdaus Wong berkata selepas ini Ketua Pengarang TMT, Syafinaz Yunus dan penyunting video mereka juga akan dipanggil polis untuk memberi keterangan sebagai saksi.

“Saya sebagai pemilik The Merdeka Times akan menyokong kedua-dua staf TMT & juga terus menyokong Datuk Prof Dr. Teo Kok Seong,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Setakat jam 2 petang hari ini, Ketua Pengarang TMT dan penyunting video portal media terbabit difahamkan juga sudah selesai memberi keterangan di IPD Brickfields.

Telefon bimbit syarikat turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada 8 Mac lalu, Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas memaklumkan bahawa beliau bakal memberi keterangan kepada polis berhubung isu berkenaan dan menegaskan akan mempertahankan kenyataan Kok Seong yang dilihat sebagai fakta.

Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Presiden DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.

Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan didakwa berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *