Connect with us

Antarabangsa

Houthi Yaman beri jaminan tidak serang kapal China, Russia di Laut Merah

Houthi Yaman berjaya mencapai persetujuan dengan China dan Russia untuk memastikan laluan perkapalan dua negara itu di Laut Merah dan Teluk Aden selamat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Houthi Yaman berjaya mencapai persetujuan dengan China dan Russia untuk memastikan laluan perkapalan dua negara itu di Laut Merah dan Teluk Aden selamat.
  • Perkara itu sebagai pertukaran untuk meningkatkan sokongan politik di pentas global, menurut satu laporan pada Khamis dipetik TOI.
  • Persetujuan itu dicapai dalam rundingan diplomatik di Oman melibatkan tokoh politik kanan Houthi Mohammed Abdel Salam, lapor Bloomberg News dipetik TOI.
  • Ia menandakan termeterainya komitmen rasmi Houthi pada Januari lalu berkenaan kumpulan disokong Iran itu yang memberitahu Beijing dan Moscow bahawa kapal mereka tidak akan diapa-apakan.
  • Sebagai pertukaran membenarkan kapal-kapal China dan Russia melalui Laut Merah yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu Houthi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, China dan Russia akan memberikan sokongan politik untuk Houthi di pelbagai ruang.

Houthi Yaman berjaya mencapai persetujuan dengan China dan Russia untuk memastikan laluan perkapalan dua negara itu di Laut Merah dan Teluk Aden selamat.

Perkara itu sebagai pertukaran untuk meningkatkan sokongan politik di pentas global, menurut satu laporan pada Khamis dipetik TOI.

Persetujuan itu dicapai dalam rundingan diplomatik di Oman melibatkan tokoh politik kanan Houthi Mohammed Abdel Salam, lapor Bloomberg News dipetik TOI.

Ia menandakan termeterainya komitmen rasmi Houthi pada Januari lalu berkenaan kumpulan disokong Iran itu yang memberitahu Beijing dan Moscow bahawa kapal mereka tidak akan diapa-apakan.

Sebagai pertukaran membenarkan kapal-kapal China dan Russia melalui Laut Merah yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu Houthi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, China dan Russia akan memberikan sokongan politik untuk Houthi di pelbagai ruang.

Ini termasuk sokongan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sumber memberitahu Bloomberg.

Kaedah tepat manifestasi sokongan di PBB itu tidak diketahui, tetapi ia boleh menyebabkan penyekatan resolusi yang mengutuk kumpulan yang berpangkalan di Yaman itu, demikian menurut laporan itu.

Houthi berulang kali menyerang kapal yang transit melalui Laut Merah dan perairan sekitarnya.

Ia bermula sejak tercetusnya perang di antara Israel dan Hamas di Gaza dengan dakwaan mereka berbuat demikian sebagai solidariti perjuangan dengan penduduk Gaza di wilayah konflik Palestin itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *