Antarabangsa
Anak kecil di Chhattisgarh, India maut dirogol remaja 15 tahun
Seorang remaja lelaki berumur lima belas tahun nekad melakukan keganasan seksual dengan mengurung dirinya di dalam tandas bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

- Seorang remaja lelaki berumur lima belas tahun nekad melakukan keganasan seksual dengan mengurung dirinya di dalam tandas bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
- Pelaku tidak mempedulikan jeritan kanak-kanak itu dan tidak menghiraukan ketukan pintu oleh ibu kanak-kanak terbabit, kata polis di bandar Bilaspur, Chhattisgarh.
- Ketika jiran-jiran berjaya memecahkan pintu, kanak-kanak itu didapati mengalami kecederaan yang mengerikan dan pendarahan yang banyak, lapor TOI.
- Polis berkata terdapat kesan gigitan di seluruh badan anak kecil itu yang kemudiannya meninggal dunia semasa dalam rawatan.
Seorang remaja lelaki berumur lima belas tahun nekad melakukan keganasan seksual dengan mengurung dirinya di dalam tandas bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Pelaku tidak mempedulikan jeritan kanak-kanak itu dan tidak menghiraukan ketukan pintu oleh ibu kanak-kanak terbabit, kata polis di bandar Bilaspur, Chhattisgarh.
Ketika jiran-jiran berjaya memecahkan pintu, kanak-kanak itu didapati mengalami kecederaan yang mengerikan dan pendarahan yang banyak, lapor TOI.
Polis berkata terdapat kesan gigitan di seluruh badan anak kecil itu yang kemudiannya meninggal dunia semasa dalam rawatan.
Polis mendaftarkan kes itu di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (Pocso) dan bertindak menyoal siasat tertuduh.
Ibu bapa anak kecil itu merupakan penyewa di rumah milik keluarga tertuduh, kata Superintendan bandar Bilaspur, Umesh Prasad Gupta.
Remaja terlibat cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.
Orang ramai berkumpul di balai polis dan menuntut tindakan tegas diambil ke atas tertuduh.
Superintendan Rajnesh Singh dilaporkan tiba untuk mengawal keadaan, menjelaskan tindakan akan diambil mengikut kebiasaan Akta Keadilan Juvana. – The Merdeka Times
