Connect with us

Terkini

Sultan Selangor saran 50 peratus ahli majlis MBDK daripada profesional

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya separuh Ahli Majlis dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) terdiri daripada kalangan kelompok profesional.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan bukan sahaja ahli politik, kelompok profesional yang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan untuk pembangunan sesebuah bandar. 
  • “Jika boleh beta cadangkan jumlah golongan profesional perlulah sekurang-kurangnya memenuhi 50 peratus dari jumlah keseluruhan ahli majlis. 
  • “Di samping itu, ahli-ahli majlis juga perlu menggambarkan komposisi kaum dan populasi sesuatu kaum yang menetap di Bandaraya Klang agar semua kaum dapat diwakili oleh wakil mereka mengikut jumlah yang berpadanan dengan jumlah sesuatu kaum,” titah baginda dipetik Berita Harian selepas menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di Hotel Wyndham di Klang, hari ini.

KUALA LUMPUR — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya separuh Ahli Majlis dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) terdiri daripada kalangan kelompok profesional.

Baginda berpandangan bukan sahaja ahli politik, kelompok profesional yang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan untuk pembangunan sesebuah bandar. 

“Jika boleh beta cadangkan jumlah golongan profesional perlulah sekurang-kurangnya memenuhi 50 peratus dari jumlah keseluruhan ahli majlis. 

“Di samping itu, ahli-ahli majlis juga perlu menggambarkan komposisi kaum dan populasi sesuatu kaum yang menetap di Bandaraya Klang agar semua kaum dapat diwakili oleh wakil mereka mengikut jumlah yang berpadanan dengan jumlah sesuatu kaum,” titah baginda dipetik Berita Harian selepas menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di Hotel Wyndham di Klang, hari ini.

Baginda mengingatkan ahli-ahli majlis, Datuk Bandar dan kakitangan MBDK supaya sentiasa memberikan perkhidmatan penuh dedikasi dan berintegriti.

“Jauhilah dari segala perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu. 

“Tuan-tuan semua kena turun ke padang bagi mendekatkan diri dan melihat sendiri masalah rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

“Amalkanlah pendekatan berbincang dan bertindak segera tanpa perlu menunggu aduan dibuat baru mahu bertindak,” titahnya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *