Antarabangsa
Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China tangguh perjalanan ke Israel
Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China (COSCO), penyumbang kira-kira 11 peratus perdagangan global, pada Ahad mengumumkan keputusannya menangguhkan perjalanan ke Israel.

- Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China (COSCO), penyumbang kira-kira 11 peratus perdagangan global, pada Ahad mengumumkan keputusannya menangguhkan perjalanan ke Israel.
- COSCO menyatakan keputusannya itu berikutan serangan Houthi ke atas kapal-kapal yang dikaitkan dengan rejim Israel, lapor agensi berita Quds Press.
- Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth dan Globes, sebuah laman sesawang pengkhususan ekonomi Israel, mempersoalkan motif di sebalik keputusan itu.
- Terdahulu, Houthi mengumumkan penyasaran mana-mana kapal kargo yang mengangkut barang keluar dan masuk dari Israel melalui Laut Merah yang dimiliki atau dikendalikan syarikat terlibat dengan Israel, sebagai solidariti kepada Gaza.
Syarikat perkapalan kontena keempat terbesar China (COSCO), penyumbang kira-kira 11 peratus perdagangan global, pada Ahad mengumumkan keputusannya menangguhkan perjalanan ke Israel.
COSCO menyatakan keputusannya itu berikutan serangan Houthi ke atas kapal-kapal yang dikaitkan dengan rejim Israel, lapor agensi berita Quds Press.
Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth dan Globes, sebuah laman sesawang pengkhususan ekonomi Israel, mempersoalkan motif di sebalik keputusan itu.
Mereka menyatakan Beijing “tidak terlalu terancam di Laut Merah kerana ia adalah orang China… dan kerana adanya hubungan China dengan Iran, penaja Houthi di Yaman.”
Laporan diterbitkan Globes menjelaskan bahawa Pelabuhan Haifa di pantai Mediterranean turut diuruskan syarikat China kerana pelabuhan itu bergantung kepada banyak kapal COSCO yang berlabuh.
Dua syarikat perkapalan terbesar dunia, MSC dan Maersk juga menangguhkan perjalanan komersial merentasi Laut Merah sejak pertengahan Disember tahun lalu, mengubah laluan kapal mereka melalui laluan the Cape of Good Hope.
Terdahulu, Kumpulan Houthi mengumumkan penyasaran mana-mana kapal kargo yang mengangkut barang keluar dan masuk dari Israel melalui Laut Merah yang dimiliki atau dikendalikan syarikat terlibat dengan Israel, sebagai solidariti kepada Gaza. – The Merdeka Times
