Antarabangsa
Serangan, pengeboman rejim zionis di Gaza bunuh 60 tebusan warga Israel
Hampir 60 tahanan Israel terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan rejim zionis di wilayah konflik itu sejak 7 Oktober tahun lepas.

- Hampir 60 tahanan Israel terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan rejim zionis di wilayah konflik itu sejak 7 Oktober tahun lepas.
- Hamas mendedahkan perkara itu dalam dokumen “Naratif Kami… Operasi Taufan Al-Aqsa” yang disiarkan pada Ahad.
- Kumpulan pembebasan Palestin itu berkata jenayah pengeboman dan kemusnahan rejim pendudukan Israel di Gaza menyumbang kepada pembunuhan hampir 60 tawanan, lapor MEMO.
- Ia mendedahkan ketidakpedulian rejim zionis Israel terhadap nyawa tentera dan warganya kerana sanggup mengorbankan mereka untuk mengelak daripada membayar harga penjajahan kejam selama berdekad-dekad.
- Dokumen itu memetik keterangan Israel yang menunjukkan bahawa serangan dan operasinya mengakibatkan pembunuhan ramai warga Israel yang ditawan di penempatan dan berek tentera di sekitar Gaza.
- Perkara itu disebabkan doktrin Hannibal rejim zionis Israel yang mengutamakan pembunuhan warga Israel berbanding membiarkan mereka ditawan pejuang penentangan Palestin.
Hampir 60 tahanan Israel terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan rejim zionis di wilayah konflik itu sejak 7 Oktober tahun lepas.
Hamas mendedahkan perkara itu dalam dokumen “Naratif Kami… Operasi Taufan Al-Aqsa” yang disiarkan pada Ahad.
Kumpulan pembebasan Palestin itu berkata jenayah pengeboman dan kemusnahan rejim pendudukan Israel di Gaza menyumbang kepada pembunuhan hampir 60 tawanan, lapor MEMO.
Ia mendedahkan ketidakpedulian rejim zionis Israel terhadap nyawa tentera dan warganya kerana sanggup mengorbankan mereka untuk mengelak daripada membayar harga penjajahan kejam selama berdekad-dekad.
Dokumen itu memetik keterangan Israel yang menunjukkan bahawa serangan dan operasinya mengakibatkan pembunuhan ramai warga Israel yang ditawan di penempatan dan berek tentera di sekitar Gaza.
Perkara itu disebabkan doktrin Hannibal rejim zionis Israel yang mengutamakan pembunuhan warga Israel berbanding membiarkan mereka ditawan pejuang penentangan Palestin.
Operasi Taufan Al-Aqsa menyaksikan hampir 250 individu ditangkap melibatkan tentera dan beberapa orang awam Israel.
Hampir semua warga Israel pernah menyertai atau pernah berkhidmat dalam tentera rejim Israel sebelum ini dan menjadi anggota tentera simpanan. – The Merdeka Times
