Connect with us

Antarabangsa

Serangan, pengeboman rejim zionis di Gaza bunuh 60 tebusan warga Israel

Hampir 60 tahanan Israel terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan rejim zionis di wilayah konflik itu sejak 7 Oktober tahun lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Serangan, pengeboman rejim zionis di Gaza bunuh 60 tebusan warga Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir 60 tahanan Israel terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan rejim zionis di wilayah konflik itu sejak 7 Oktober tahun lepas.
  • Hamas mendedahkan perkara itu dalam dokumen “Naratif Kami… Operasi Taufan Al-Aqsa” yang disiarkan pada Ahad.
  • Kumpulan pembebasan Palestin itu berkata jenayah pengeboman dan kemusnahan rejim pendudukan Israel di Gaza menyumbang kepada pembunuhan hampir 60 tawanan, lapor MEMO.
  • Ia mendedahkan ketidakpedulian rejim zionis Israel terhadap nyawa tentera dan warganya kerana sanggup mengorbankan mereka untuk mengelak daripada membayar harga penjajahan kejam selama berdekad-dekad.
  • Dokumen itu memetik keterangan Israel yang menunjukkan bahawa serangan dan operasinya mengakibatkan pembunuhan ramai warga Israel yang ditawan di penempatan dan berek tentera di sekitar Gaza.
  • Perkara itu disebabkan doktrin Hannibal rejim zionis Israel yang mengutamakan pembunuhan warga Israel berbanding membiarkan mereka ditawan pejuang penentangan Palestin.

Hampir 60 tahanan Israel terbunuh di Gaza akibat serangan berterusan rejim zionis di wilayah konflik itu sejak 7 Oktober tahun lepas.

Hamas mendedahkan perkara itu dalam dokumen “Naratif Kami… Operasi Taufan Al-Aqsa” yang disiarkan pada Ahad.

Kumpulan pembebasan Palestin itu berkata jenayah pengeboman dan kemusnahan rejim pendudukan Israel di Gaza menyumbang kepada pembunuhan hampir 60 tawanan, lapor MEMO.

Ia mendedahkan ketidakpedulian rejim zionis Israel terhadap nyawa tentera dan warganya kerana sanggup mengorbankan mereka untuk mengelak daripada membayar harga penjajahan kejam selama berdekad-dekad.

Dokumen itu memetik keterangan Israel yang menunjukkan bahawa serangan dan operasinya mengakibatkan pembunuhan ramai warga Israel yang ditawan di penempatan dan berek tentera di sekitar Gaza.

Perkara itu disebabkan doktrin Hannibal rejim zionis Israel yang mengutamakan pembunuhan warga Israel berbanding membiarkan mereka ditawan pejuang penentangan Palestin.

Operasi Taufan Al-Aqsa menyaksikan hampir 250 individu ditangkap melibatkan tentera dan beberapa orang awam Israel. 

Hampir semua warga Israel pernah menyertai atau pernah berkhidmat dalam tentera rejim Israel sebelum ini dan menjadi anggota tentera simpanan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending