Terkini
Sentuh isu 3R, PDRM dan SKMM digesa ambil tindakan terhadap Ahli Parlimen DAP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang sengaja menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi Diraja).
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang sengaja menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi Diraja).
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata pemimpin UMNO juga diingatkan supaya bersikap tegas dengan menarik sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Perdana Menteri terus berlembut dengan kebiadaban DAP.
- Wan Saiful yang juga Ketua BERSATU Bangi berkata, UMNO perlu berhenti daripada menjadi ‘juru kempen’ DAP dalam kalangan orang Melayu-Islam.
- “Bersatu Bangi menolak permohonan maaf Ngeh Koo Ham yang kononnya menarik balik cadangan supaya orang bukan Islam dilantik ke jawatankuasa berkaitan urusan orang Islam, dan turut menolak juga alasan-alasan yang diberikan oleh DAP mengenai perkara ini.
- “Bersatu Bangi merasakan bahawa ini adalah taktik lama DAP yang telah berlaku berulang kali dan telah menjadi kebiasaan mereka, iaitu melontarkan pandangan yang biadap dan mengancam perpaduan negara kemudian dengan sambil lewa menarik balik atau mohon maaf begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan media disiarkan di Facebooknya hari ini.
- Terdahulu, Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas, dilapor membuat saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang sengaja menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi Diraja).
Mencadangkan perkara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata pemimpin UMNO juga diingatkan supaya bersikap tegas dengan menarik sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Perdana Menteri terus berlembut dengan kebiadaban DAP.
Wan Saiful yang juga Ketua BERSATU Bangi berkata, UMNO perlu berhenti daripada menjadi ‘juru kempen’ DAP dalam kalangan orang Melayu-Islam.
“Bersatu Bangi menolak permohonan maaf Ngeh Koo Ham yang kononnya menarik balik cadangan supaya orang bukan Islam dilantik ke jawatankuasa berkaitan urusan orang Islam, dan turut menolak juga alasan-alasan yang diberikan oleh DAP mengenai perkara ini.
“Bersatu Bangi merasakan bahawa ini adalah taktik lama DAP yang telah berlaku berulang kali dan telah menjadi kebiasaan mereka, iaitu melontarkan pandangan yang biadap dan mengancam perpaduan negara kemudian dengan sambil lewa menarik balik atau mohon maaf begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan media disiarkan di Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas, dilaporkan membuat saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Susulan cadangan itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak itu mendapat kecaman hebat daripada pemimpin Islam dalam negara.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata pihaknya mengecam sikap ambil mudah Anwar dan kerajaan yang dilihat tidak mengambil tindakan serius terhadap tindakan Koo Ham dan DAP.
“Jika pemimpin atau aktivis Bersatu bercakap mengenai hak orang Islam dan Melayu, maka pelbagai agensi dikerah mengambil pelbagai tindakan segera.
“Tetapi apabila DAP biadap, mohon maaf sambil lewa melalui Facebook sahaja nampaknya sudah cukup bagi Anwar dan UMNO,” kata Wan Saiful.
Wan Saiful dalam hantaran sama turut merakamkan ucapan tahniah kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah menyatakan pandangan tegas mengenai isu pemimpin DAP yang dilihat cuba campur tangan dalam urusan orang Islam itu.
Beliau berkata BERSATU Bangi juga menjunjung kasih ke atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengingatkan rakyat Malaysia, khususnya mereka bukan beragama Islam, agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia. – The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia