Terkini
Pasukan lawan ada pemain lelaki transgender, Perlawanan bola keranjang wanita dibatalkan
Pasukan bola keranjang perempuan sekolah menengah Muslim di California membatalkan perlawanan dengan sebuah sekolah lain selepas pihak pengurusannya mendapati pasukan lawan mempunyai pemain transgender.

- Pasukan bola keranjang perempuan sekolah menengah Muslim di California membatalkan perlawanan dengan sebuah sekolah lain selepas pihak pengurusannya mendapati pasukan lawan mempunyai pemain transgender.
- Sekolah Tinggi Averroes dijadualkan bersaing dengan San Francisco Waldorf pada Khamis lalu dalam acara bola keranjang perempuan, namun perlawanan itu dibatalkan secara tiba-tiba.
- Menurut laporan Reduxx, nama pelajar lelaki transgender itu tidak didedahkan, namun identitinya diketahui selepas melihat rakaman permainan lalu yang menampilkan pemain tersebut di dalam pasukan Waldorf.
Pasukan bola keranjang perempuan sekolah menengah Muslim di California membatalkan perlawanan dengan sebuah sekolah lain selepas pihak pengurusannya mendapati pasukan lawan mempunyai pemain transgender.
Sekolah Tinggi Averroes dijadualkan bersaing dengan San Francisco Waldorf pada Khamis lalu dalam acara bola keranjang perempuan, namun perlawanan itu dibatalkan secara tiba-tiba.
Meskipun pihak sekolah tidak memberitahu punca pembatalan itu, keputusan tersebut dilaporkan ada kaitan dengan pemakluman tentang seorang pemain lelaki menyertai pasukan perempuan Waldorf.
Menurut laporan Reduxx, nama pelajar lelaki transgender itu tidak didedahkan, namun identitinya diketahui selepas melihat rakaman permainan lalu yang menampilkan pemain tersebut di dalam pasukan Waldorf.
Julie Lane mewakili Women Are Real, sebuah pertubuhan menyokong hak wanita berpangkalan di California, mendedahkan maklumat mengenai pemain Waldorf itu pada awalnya dimaklumkan seorang bapa pemain pada November 2023.
Anak perempuan lelaki itu bermain menentang Waldorf dan insiden tersebut meninggalkan trauma kepadanya.
Berdasarkan maklumat itu, Lane yang mengetahui tentang perlawanan Waldorf menentang Averroes pada Khamis lalu, menghubungi pihak sekolah untuk mengenal pasti kehadiran pemain transgender itu di dalam pasukan tersebut.
“Saya berharap dan berfikir tidak mungkin pengurusan sekolah akan membenarkan pasukan atlet wanita mereka disertai oleh atlet lelaki,” katanya. – The Merdeka Times
