Terkini
Langkah Dubai tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit digelar ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit digelar ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.
- “Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.
- “(Langkah Dubai) itu kerja mereka (namun) bagi saya (ia) tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya dipetik Berita Harian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya, hari ini.
- Pada 30 Disember lalu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud Langkah Dubai didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit digelar ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, rancangan diketuai segelintir pihak itu tidak memberi kesan kepada gerak kerja kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.
“Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.
“(Langkah Dubai) itu kerja mereka (namun) bagi saya (ia) tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya dipetik Berita Harian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya, hari ini.
Anwar berkata tumpuan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya ketika ini adalah membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat.
Pada 30 Disember lalu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud Langkah Dubai didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.
Selain pemimpin pembangkang, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.
Ismail mendakwa Langkah Dubai itu timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
Dakwanya, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab mengenal pasti Ahli Parlimen berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang’.— The Merdeka Times