Terkini
Kilang beras didenda RM12,000 atas dua kesalahan berkaitan urus niaga beras
Mahkamah Majistret Yan, Kedah pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan, termasuk menjual 250 kilogram beras gred hancur kepada pihak tidak berlesen.
- Mahkamah Majistret Yan, Kedah pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan, termasuk menjual 250 kilogram beras gred hancur kepada pihak tidak berlesen.
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kilang itu turut mengaku bersalah di atas kesalahan perselisihan kuantiti beras hancur pada rekod berbanding stok fizikal dalam milikan sebanyak 10,593.70 kilogram.
- “Pada 7 Oktober 2023, Task Force Khas Bersepadu OP BPT melalui sepasukan Pegawai Penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Negeri Kedah bertindak membuat pemeriksaan stok beras di premis perniagaan Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd di Kota Sarang Semut, Kota Setar, Kedah.
- “Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan hasil daripada maklumat orang awam. Hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan telah menjual sebanyak 5 guni berisi beras gred hancur berjumlah 250 kilogram kepada pihak yang tidak memiliki lesen pada 24 September 2023.
- “Pemeriksaan yang dijalankan juga mendapati terdapat perselisihan kuantiti beras hancur dalam milikan berbanding penyata rekod stok yang diberikan oleh pengilang. Dalam perkara ini, pihak KPB Negeri Kedah telah bertindak merampas 10,593.70 kilogram beras hancur berkenaan,” kata KPKM menerusi siaran media, hari ini.
- “Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000.00 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000.00 bagi pertuduhan kedua ke atas Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd dan hasil rampasan bernilai RM25,000.00 dijadikan hasil kerajaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaan KPB,” kata KPKM.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Yan, Kedah pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan, termasuk menjual 250 kilogram beras gred hancur kepada pihak tidak berlesen.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kilang itu turut mengaku bersalah di atas kesalahan perselisihan kuantiti beras hancur pada rekod berbanding stok fizikal dalam milikan sebanyak 10,593.70 kilogram.
“Pada 7 Oktober 2023, Task Force Khas Bersepadu OP BPT melalui sepasukan Pegawai Penguatkuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Negeri Kedah bertindak membuat pemeriksaan stok beras di premis perniagaan Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd di Kota Sarang Semut, Kota Setar, Kedah.
“Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan hasil daripada maklumat orang awam. Hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan telah menjual sebanyak 5 guni berisi beras gred hancur berjumlah 250 kilogram kepada pihak yang tidak memiliki lesen pada 24 September 2023.
“Pemeriksaan yang dijalankan juga mendapati terdapat perselisihan kuantiti beras hancur dalam milikan berbanding penyata rekod stok yang diberikan oleh pengilang. Dalam perkara ini, pihak KPB Negeri Kedah telah bertindak merampas 10,593.70 kilogram beras hancur berkenaan,” kata KPKM menerusi siaran media, hari ini.
KPKM berkata kesalahan pertama dilakukan adalah bawah Peraturan 9(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 [PU(A) 624], iaitu tidak boleh menjual beras kepada mana-mana orang kecuali kepada pemegang Lesen Borong.
Katanya, bagi kesalahan kedua, terdapat perselisihan kuantiti beras dengan maklumat yang diberikan melalui Penyata Deklarasi Stok Beras Dalam Milik/Kawalan di bawah Seksyen 7(1)(a).
“Siasatan mendapati telah berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 8(2) Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta yang sama.
“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM7,000.00 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000.00 bagi pertuduhan kedua ke atas Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd dan hasil rampasan bernilai RM25,000.00 dijadikan hasil kerajaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaan KPB,” kata KPKM.
KPKM berkata bekalan beras tempatan di pasaran mengalami gangguan sejak beberapa bulan lepas susulan peningkatan permintaan terhadap beras putih tempatan.
Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab pihak pengilang telah memberi kesan kepada keberadaan bekalan beras di pasaran.
“KPKM memberi peringatan kepada pengilang padi, pemborong dan peruncit beras selaku pemegang lesen supaya mematuhi peruntukan perundangan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya,” kata KPKM. — The Merdeka Times