Terkini
Ibu dakwa anak tidak dapat BAP
Seorang ibu mendakwa anaknya tidak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diperuntukkan kerajaan pada 2023 dan 2024 secara sekali bayar.

- Seorang ibu mendakwa anaknya tidak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diperuntukkan kerajaan pada 2023 dan 2024 secara sekali bayar.
- Perkara itu didedahkan guru matematik, Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran di Facebook yang memuat naik beberapa tangkap layar mesej aduan dihantar ibu pelajar terbabit kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial beliau.
- Fadli berkata, beliau berkongsikan perkara itu susulan diminta ibu pelajar tersebut yang mengharapkan kementerian berkenaan dan Fadhlina menyedari permasalahan dihadapinya.
- “Setahu saya, semua murid-murid dapat walau mak ayah menteri sekali pun. Rupanya anak-anak yang bersekolah di sekolah JAIS dan integrasi (bukan direct under KPM) tak dapat rupanya. Punca permohonan ditolak adalah kerana status bangunan yang tidak menepati syarat.
- “Semoga ada rezeki buat anak-anak di sekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan integrasi juga. Sesungguhnya BAP itu banyak meringankan bebanan ibu bapa,” kata Fadli pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Seorang ibu mendakwa anaknya tidak menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang diperuntukkan kerajaan pada 2023 dan 2024 secara sekali bayar.
Perkara itu didedahkan guru matematik, Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran di Facebook yang memuat naik beberapa tangkap layar mesej aduan dihantar ibu pelajar terbabit kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial beliau.
Fadli berkata, beliau berkongsikan perkara itu susulan diminta ibu pelajar tersebut yang mengharapkan kementerian berkenaan dan Fadhlina menyedari permasalahan dihadapinya.
Katanya, beliau dimaklumkan alasan permohonan bantuan itu ditolak disebabkan status bangunan sekolah didiami anak kepada ibu terbabit tidak menepati syarat.

Foto : Tangkap layar mesej dihantar ibu pelajar kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dimuat naik Fadli di Facebooknya.
“Setahu saya, semua murid-murid dapat walau mak ayah menteri sekali pun. Rupanya anak-anak yang bersekolah di sekolah JAIS dan integrasi (bukan direct under KPM) tak dapat rupanya. Punca permohonan ditolak adalah kerana status bangunan yang tidak menepati syarat.
“Ibu bapa cuba pm (mesej) YBM Fadhlina Sidek tentang isu ni. Tapi kemungkinan besar beliau takkan baca pun. Maklumlah, sehari beribu kot orang pm beliau.
“Jadi mereka mohon saya up kan (naikkan) isu ni di wall saya dengan harapan pegawai KPM dan YBM Fadhlina Sidek perasan.
“Semoga ada rezeki buat anak-anak di sekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan integrasi juga. Sesungguhnya BAP itu banyak meringankan bebanan ibu bapa,” kata Fadli pada Selasa.

Foto : Tangkap layar mesej dihantar ibu pelajar kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dimuat naik Fadli di Facebooknya.
Merujuk kepada tangkap layar mesej ibu pelajar terbabit, beliau memaklumkan pihak sekolah anakya menyatakan sekolah tidak menerima bantuan itu kerana JAIS tidak meluluskannya atas sebab tertentu.
“Dengan itu, saya dengan rasa rendah diri memohon bantuan daripada pihak YB sendiri iaitu Menteri Pendidikan atas masalah saya dan sekolah lain yang terlibat agar isu ini selesai dan murid mendapat haknya,” kata ibu pelajar itu menerusi mesej dihantar kepada Fadhlina.
Pada Oktober lalu, KPM dilaporkan berkata BAP akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.
BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara. —- The Merdeka Times
Sumber : Facebook Cikgu Fadli
