Antarabangsa
(VIDEO) Israel ke ICJ: Saya malu bukan Turkiye melakukannya – Ahmet Davutoglu
Bekas Perdana Menteri Turkiye, Ahmet Davutoglu malu kerana negaranya tidak bertindak seperti Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan masih meneruskan hubungan perdagangan dengan Israel.
Bekas Perdana Menteri Turkiye, Ahmet Davutoglu malu kerana negaranya tidak bertindak seperti Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan masih meneruskan hubungan perdagangan dengan Israel.
Ahmet menyatakan perkara itu dalam wawancara eksklusif bersama MEE semalam yang dimuat naik di platform media sosial portal berita itu.
“Sebelum ini, dalam semua peperangan sebelum ini di Gaza, saya Menteri Hal Ehwal Luar, Ketua Penasihat Perdana Menteri, Turkiye merupakan orang tengah yang bawa (resolusi) gencatan senjata. Kini, Turkiye tiada kuasa seperti itu, atas beberapa sebab.
“Tetapi sekurang-kurangnya kita berharap dari kerajaan saya, mereka kawan lama saya, saya bukan saja kritik mereka, tetapi saya sekali lagi panggil, malah rayu (pada) mereka, untuk hentikan dagangan dengan Israel, segera, sekarang juga.
“(Hubungan) perdagangan itu tak boleh diberikan apa-apa alasan langsung,” kata Ahmet.
Ahmet menegaskan ia adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat Afrika Selatan ke hadapan mempertahankan Gaza tetapi tiada campur tangan terus Turkiye disebabkan perubahan dasar luar yang menurutnya, sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Saya hubungi Presiden Erdogan untuk memohon kepada ICJ, Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
“Bagi saya ia menyakitkan, saya hargai dan kagumi apa yang dilakukan Afrika Selatan,tetapi saya malu, kenapa Turkiye tidak melakukan tindakan yang sama?
“Bagi saya, saya terasa sakit dan malu. Mengapa Turkiye tidak memohonnya dahulu atau tidak menyokong Afrika Selatan sebagai salah satu negara yang campur tangan?
“Maka dengan itu, ini satu peralihan dasar yang tidak dijangka dalam dasar luar Turkiye yang saya tidak terima,” kata bekas perdana menteri Turkiye itu. – The Merdeka Times
View this post on Instagram