Connect with us

Antarabangsa

Dituduh beri coklat kepada gadis Hindu, remaja Muslim dibelasah pelampau Hindu

Dua remaja Muslim dibelasah sekumpulan lelaki pelampau Hindu di Chikkamagaluru, Karnataka, India pada Selasa lalu selepas dituduh mendekati seorang gadis Hindu dengan memberinya coklat.

Wartawan TMT

Published

on

Dituduh beri coklat kepada gadis Hindu, remaja Muslim dibelasah pelampau Hindu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua remaja Muslim dibelasah sekumpulan lelaki pelampau Hindu di Chikkamagaluru, Karnataka, India pada Selasa lalu selepas dituduh mendekati seorang gadis Hindu dengan memberinya coklat.
  • Mangsa yang juga adik beradik sepupu, Mohammad Munaaz dan Sameer, kedua-duanya berusia 19 tahun, dilaporkan  diserang kumpulan pelampau Hindu itu di hentian bas.
  • Kumpulan pelampau Hindu itu juga dilaporkan merancang menculik kedua-dua mangsa dan membelasah mereka hinggalah polis tiba di lokasi kejadian.
  • “Mereka kata anak lelaki kami memberi coklat kepada seorang gadis Hindu, tetapi tiada gadis yang terlibat dalam kes itu sama sekali,” kata Moidin, bapa Munaaz dipetik The Observer Post.
  • Moidin mendakwa tindakan kumpulan pelampau Hindu itu adalah cubaan mengganggu ketenteraman menjelang pilihan raya.
  • “Mereka (BJP-RSS) menuduh golongan muda itu terlibat dengan percintaan berlainan agama. Ia hanya bertujuan menimbulkan kontroversi dan ketegangan,” katanya.

Dua remaja Muslim dibelasah sekumpulan lelaki pelampau Hindu di Chikkamagaluru, Karnataka, India pada Selasa lalu selepas dituduh mendekati seorang gadis Hindu dengan memberinya coklat.

Dua kes berasingan berhubung insiden itu didaftarkan di Balai Polis Mudigere dan empat suspek telah ditahan.

Mangsa yang juga adik beradik sepupu, Mohammad Munaaz dan Sameer, kedua-duanya berusia 19 tahun, dilaporkan  diserang kumpulan pelampau Hindu itu di hentian bas.

Kumpulan pelampau Hindu itu juga dilaporkan merancang menculik kedua-dua mangsa dan membelasah mereka hinggalah polis tiba di lokasi kejadian.

“Mereka kata anak lelaki kami memberi coklat kepada seorang gadis Hindu, tetapi tiada gadis yang terlibat dalam kes itu sama sekali,” kata Moidin, bapa Munaaz dipetik The Observer Post.

Seminggu sebelumnya, Munaaz diugut dua lelaki menaiki motosikal di mana mereka bertanyakan maklumat mengenai keluarga dan alamat tempat tinggalnya di Banakal.

Individu itu juga mengugut Munaaz dengan berkata, “Awak datang ke Mudigere, kami akan ajar awak”.

Dia tidak mengadukan insiden itu kepada sesiapa melainkan abangnya dan mengabaikan perkara tersebut.

Moidin mendakwa tindakan kumpulan pelampau Hindu itu adalah cubaan mengganggu ketenteraman menjelang pilihan raya.

“Sejak Parti Kongres kembali berkuasa, BJP-RSS (Bharatiya Janata Party -Rashtriya Swayamsevak Sangh) cuba mensasarkan golongan muda dan memukul mereka tanpa sebab.

“Mereka menuduh golongan muda itu terlibat dengan percintaan berlainan agama. Ia hanya bertujuan menimbulkan kontroversi dan ketegangan,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending