Politik
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak demokratik – KJ
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menolak cadangan untuk mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap sekiranya akta itu dibuat hanya kerana bimbang kerajaan akan tumbang.
- Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menolak cadangan untuk mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap sekiranya akta itu dibuat hanya kerana bimbang kerajaan akan tumbang.
- Khairy berkata usul dibawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu merupakan cadangan tidak demokratik.
- Katanya, perkara itu boleh dibincangkan sekiranya cadangan daripada Zahid merupakan usul seperti mana berlaku di United Kingdom (UK) suatu ketika dahulu.
- “Di United Kingdom, dia macam Malaysia jugalah, dalam tempoh lima tahun itu, Perdana Menteri boleh minta supaya Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya bila-bila waktu dan bila dia dapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
- “David Cameron (bekas Perdana Menteri UK), dia datang dan dia menggubal dan telah meluluskan Fixed Term Parliament Act di mana penggal Parlimen itu telah ditetapkan dan pilihan raya dijadualkan secara automatik pada hari Khamis yang pertama, pada bulan Mei, setiap lima tahun.
- “Dan itu hanya dapat dielak melalui dua cara sahaja. Melalui vote of no confidence, undi tak percaya di Parlimen ataupun supaya ada undian dua pertiga di Parlimen untuk minta supaya ada pilihan raya yang awal,” katanya menerusi hantaran di Youtube Podcast Keluar Sekejap di sini, pada Isnin.
- Beliau mengulas cadangan Zahid supaya satu rang undang-undang (RUU) penggal tetap Parlimen diwujudkan agar pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum (PRU) seterusnya diadakan.
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menolak cadangan untuk mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap sekiranya akta itu dibuat hanya kerana bimbang kerajaan akan tumbang.
Khairy berkata usul dibawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu merupakan cadangan tidak demokratik.
Katanya, perkara itu boleh dibincangkan sekiranya cadangan daripada Zahid merupakan usul seperti mana berlaku di United Kingdom (UK) suatu ketika dahulu.
“Di United Kingdom, dia macam Malaysia jugalah, dalam tempoh lima tahun itu, Perdana Menteri boleh minta supaya Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya bila-bila waktu dan bila dia dapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
“David Cameron (bekas Perdana Menteri UK), dia datang dan dia menggubal dan telah meluluskan Fixed Term Parliament Act di mana penggal Parlimen itu telah ditetapkan dan pilihan raya dijadualkan secara automatik pada hari Khamis yang pertama, pada bulan Mei, setiap lima tahun.
“Dan itu hanya dapat dielak melalui dua cara sahaja. Melalui vote of no confidence, undi tak percaya di Parlimen ataupun supaya ada undian dua pertiga di Parlimen untuk minta supaya ada pilihan raya yang awal,” katanya menerusi hantaran di Youtube Podcast Keluar Sekejap di sini, pada Isnin.
Beliau mengulas cadangan Zahid supaya satu rang undang-undang (RUU) penggal tetap Parlimen diwujudkan agar pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum (PRU) seterusnya diadakan.
Zahid dilaporkan berkata saranan itu adalah langkah untuk menjamin kestabilan negara memandangkan kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.
Katanya, pengalaman pahit lalu menyaksikan negara berdepan ketidakstabilan politik ekoran pertukaran tiga Parlimen dalam satu penggal sehingga menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara.
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pula berkata sekiranya usul ini diwujudkan, ia perlu disertakan cara untuk mencabar keabsahan mana-mana kerajaan dan bukan sahaja kerajaan sekarang.
“Perlu ada ruang, kalau tidak ini bukan demokrasi berparlimen dalam konteks yang kita faham selama ini. Jadi, kestabilan itu perlu dijaga dan kita tidak menggalakkan apa-apa langkah yang bukan-bukan.
“Tetapi pada masa yang sama, mesti beri cara dan kaedah kerana ini bukan undang-undang hanya untuk tiga, empat tahun, ini undang-undang yang nak terpakai untuk selama-lamanya atau satu tempoh yang panjang,” kata Shahril. — The Merdeka Times
Sumber: Youtube Podcast Keluar Sekejap