Connect with us

Terkini

Tokong sambut Hari Krismas dikecam netizen

Tindakan sebuah tokong Cina dipercayai di negara jiran, Singapura, mempermainkan dewa dengan mengadakan sambutan Hari Krismas di rumah ibadat itu dikecam netizen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Tokong sambut Hari Krismas dikecam netizen
Foto: Tangkap layar seorang ahli upacara yang menjadi perantara roh (Ji Tong) sedang menyambut Krismas bersama penganutnya.
  • Tindakan sebuah tokong Cina dipercayai di negara jiran, Singapura, mempermainkan dewa dengan mengadakan sambutan Hari Krismas di rumah ibadat itu dikecam netizen.
  • Netizen, Ang Bao Kelvin berkongsi beberapa gambar menunjukkan seorang ahli upacara yang menjadi perantara roh (Ji Tong) sedang menyambut Krismas bersama penganutnya.
  • “Dialah dewa, dialah manusia, dialah hantu. Lambat laun jadi syaitan,” kata Kelvin dalam hantarannya di Kumpulan Facebook Melaka pada 27 Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah tokong Cina dipercayai di negara jiran, Singapura, mempermainkan dewa dengan mengadakan sambutan Hari Krismas di rumah ibadat itu dikecam netizen.

Netizen, Ang Bao Kelvin berkongsi beberapa gambar menunjukkan seorang ahli upacara yang menjadi perantara roh (Ji Tong) sedang menyambut Krismas bersama penganutnya.

Ji Tong itu dilihat memakai topi ‘Santa Claus’ dan menerima hadiah daripada penganut yang hadir.

Foto: Tangkap layar hantaran netizen di Facebook.

“Umur saya lebih 60 tahun, ini kali pertama saya nampak tokong ini suka hati.

“Dialah dewa, dialah manusia, dialah hantu. Lambat laun jadi syaitan,” kata Kelvin dalam hantarannya di Kumpulan Facebook Melaka pada 27 Disember lalu.

Kelvin mempersoalkan tindakan pihak tokong mempermainkan reputasi nama dewa.

“Adakah dewa juga akan bertukar-tukar hadiah pada Krismas dan makan ayam belanda atau kamu sendiri yang nak makan?” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Kumpulan Facebook Melaka

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *