Connect with us

Terkini

Sekat kapal Israel: Lembaga Pelabuhan Klang diarah bantu syarikat terjejas

Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan kerajaan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sekat kapal Israel: Lembaga Pelabuhan Klang diarah bantu syarikat terjejas
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan kerajaan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia membabitkan syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas disebabkan keputusan itu.
  • “Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), syarikat perkapalan Israel ZIM tidak akan dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan – pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta merta.
  • “Ini bermaksud kapal ZIM yang dijadualkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember 2023 tidak akan dibenarkan,” katanya dipetik Berita Harian pada Rabu.
  • Semalam, media melaporkan Anwar berkata kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia.

KUALA LUMPUR — Lembaga Pelabuhan Klang diarah membantu pihak yang terjejas susulan kerajaan semalam memutuskan untuk tidak membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia membabitkan syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas disebabkan keputusan itu.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), syarikat perkapalan Israel ZIM tidak akan dibenarkan untuk berlabuh di pelabuhan – pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta merta.

“Ini bermaksud kapal ZIM yang dijadualkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember 2023 tidak akan dibenarkan,” katanya dipetik Berita Harian pada Rabu.

Semalam, media melaporkan Anwar berkata kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di pelabuhan Malaysia.

Sekatan itu sebagai respons kepada rejim zionis Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.

Malaysia juga tidak lagi menerima mana-mana kapal dengan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *