Connect with us

Terkini

RoS diarah sediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) diarahkan untuk menyediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan, termasuk penglibatan dalam aktiviti haram.

Wartawan TMT

Published

on

RoS diarah sediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) diarahkan untuk menyediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan, termasuk penglibatan dalam aktiviti haram.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia susulan arahan Kabinet supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan laporan awal mengenai ketidakpatuhan pertubuhan ekoran insiden pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. 
  • Saifuddin berkata, setakat ini, sebanyak 54,642 pertubuhan yang dibatalkan sejak 1966.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) diarahkan untuk menyediakan laporan status ketidakpatuhan pertubuhan, termasuk penglibatan dalam aktiviti haram.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia susulan arahan Kabinet supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan laporan awal mengenai ketidakpatuhan pertubuhan ekoran insiden pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. 

“Jadi kita akan sediakan dan bentang pada Jemaah Menteri pada suku pertama tahun depan seperti yang diarahkan,” katanya dipetik BERNAMA dalam sidang media selepas majlis penyerahan replika cek Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) 2023 di Putrajaya, semalam. 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata RoS juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan secara rawak terhadap pertubuhan berdaftar bermula tahun depan. 

Katanya, pemantauan berterusan perlu dibuat bagi memastikan setiap pertubuhan mematuhi Akta Pertubuhan 1966. 

Saifuddin berkata, setakat ini, sebanyak 54,642 pertubuhan yang dibatalkan sejak 1966. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending