Connect with us

Terkini

Rancang serang tiga sekolah, Lelaki transgender berdepan hukuman penjara 16 tahun

Seorang lelaki transgender berdepan hukuman penjara maksimum 16 tahun selepas mengakui mengugut menyerang tiga sekolah di Colorado.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rancang serang tiga sekolah, Lelaki transgender berdepan hukuman penjara 16 tahun
Foto: Transgender lelaki yang mengaku bersalah kepada mahkamah kerana merancang serangan tembakan di Timberview Middle School, Prairie Hills Elementary dan Pine Creek High School, William Whitworth.
  • Seorang lelaki transgender berdepan hukuman penjara maksimum 16 tahun selepas mengakui mengugut menyerang tiga sekolah di Colorado.
  • William Whitworth, 19 mengaku bersalah kepada mahkamah kerana merancang serangan tembakan di Timberview Middle School, Prairie Hills Elementary dan Pine Creek High School selain mahu menyerang gereja.
  • Whitworth menerima perjanjian dan mengaku bersalah atas kesalahan jenayah kelas 4 pada 6 November lalu.
  • Dia ditahan pada 31 Mac lalu atas dakwaan cubaan membunuh tahap pertama selepas ahli keluarganya melaporkan kepada Pejabat Sheriff Daerah Elbert.
  • Semasa rumahnya digeledah, pihak berkuasa menemui ‘manifesto’  mengandungi beberapa nama penembak selain gambar memaparkan  bom buatan sendiri dan peranti letupan serta pelan lantai tambahan sekolah.

AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki transgender berdepan hukuman penjara maksimum 16 tahun selepas mengakui mengugut menyerang tiga sekolah di Colorado.

William Whitworth, 19 mengaku bersalah kepada mahkamah kerana merancang serangan tembakan di Timberview Middle School, Prairie Hills Elementary dan Pine Creek High School selain menyatakan  keinginan menyerang gereja.

Whitworth menerima perjanjian dan mengaku bersalah atas kesalahan jenayah kelas 4 pada 6 November lalu.

Dia ditahan pada 31 Mac lalu atas dakwaan cubaan membunuh tahap pertama selepas ahli keluarganya melaporkan kepada Pejabat Sheriff Daerah Elbert.

Semasa rumahnya digeledah, pihak berkuasa menemui ‘manifesto’  mengandungi beberapa nama penembak selain gambar memaparkan  bom buatan sendiri dan peranti letupan serta pelan lantai tambahan sekolah.

Whitworth mengaku kepada polis yang dia mempelajari cara membuat peletup bom di laman Youtube, lapor Reduxx pada Jumaat.

Di dalam buku catatannya juga terdapat senarai senjata api dengan arahan pencetakan 3D dan senarai personaliti politik, termasuk penceramah Lauren Southern serta komentar beliau.

Dalam kenyataan akhbar yang memperincikan pengakuannya dari Pejabat Peguam Daerah Kehakiman ke-18, Whitworth dirujuk dengan menggunakan kata ganti ‘they/them’.

Whitworth dilahirkan sebagai seorang lelaki, namun menggunakan kata ganti ‘she/her’ dan menggelar dirinya dengan nama Lilly atau Lily.

Pada awal penahanan, dia dikenakan bon jaminan AS$75,000, namun dinaikkan sehingga  AS$750,000 kerana dilaporkan masih ingin melaksanakan rancangan serangan itu sekiranya dibebaskan.

Justeru, jumlah peningkatan bon jaminan itu bertujuan menjadikannya sukar meninggalkan tahanan pra-perbicaraan.

Kesnya merupakan sebahagian daripada trend merisaukan kerana berlaku peningkatan ancaman keganasan dilakukan dalam sistem sekolah di Amerika Syarikat tahun ini.

Terdahulu seorang lelaki transgender, Alexia Willie menghadapi 14 pertuduhan jenayah berat kerana mengancam menembak dan membunuh kanak-kanak atas nama komuniti transgender.

Willie mengancam menimbulkan kekacauan dengan menunjukkan plot untuk melakukan serangan terhadap sebuah  sekolah yang tidak dinyatakan namanya.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *