Connect with us

Terkini

Produk minuman bertemakan “Buddha” ditarik balik, diturunkan dari rak jualan

Produk siri minuman bertemakan “Buddha” dilancarkan syarikat rangkaian China, Heytea diturunkan dari rak jualan kerana melanggar Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di negara kuasa besar itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk siri minuman bertemakan “Buddha” dilancarkan syarikat rangkaian China, Heytea diturunkan dari rak jualan kerana melanggar Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di negara kuasa besar itu.
  • Laporan berkata pembungkusan siri minuman itu dikritik kerana mengandungi unsur keagamaan.
  • Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di China jelas menetapkan bahawa promosi komersial atas nama agama adalah dilarang.

KUALA LUMPUR – Produk siri minuman bertemakan “Buddha” dilancarkan syarikat rangkaian China, Heytea diturunkan dari rak jualan kerana melanggar Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di negara kuasa besar itu.

Sin Chew Daily melaporkan Heytea melancarkan produk minuman terbaru itu menggunakan tema pembungkusan “Buddha” pada akhir bulan lalu.

Laporan media berkata pembungkusan siri minuman itu dikritik kerana mengandungi unsur keagamaan.

Difahamkan, kakitangan Biro Hal Ehwal Etnik dan Agama Perbandaran Shenzhen bertemu dengan Syarikat Heytea pada 1 Disember lalu dan syarikat itu menarik balik jualan produk berkenaan  pada 3 Disember lalu. 

Peraturan Pentadbiran Hal Ehwal Agama di China jelas menetapkan bahawa promosi komersial atas nama agama adalah dilarang.

“Kini, siri minuman Heytea “Buddha” itu telah diturunkan. Kami akan mengambil kira kitaran bahan mentah dan penilaian minuman untuk mengatur pelancaran dan penurunan minuman.

“Setiap kali kami membuat penurunan adalah untuk kedatangan semula yang lebih baik,” kata pegawai perkhidmatan pelanggannya. – The Merdeka Times

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *