Connect with us

Terkini

Pope Francis kecam zionis Israel bunuh dua wanita Kristian di Gaza

Pope Francis mengecam tindakan rejim penjajah Israel menembak mati dua wanita Kristian di pekarangan Gereja Holy Family Parish di Gaza City dan menyifatkannya sebagai satu bentuk keganasan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pope Francis kecam zionis Israel bunuh dua wanita Kristian di Gaza
Foto: Ketua Gereja Katolik, Pope Francis.
  • Pope Francis mengecam tindakan rejim penjajah Israel menembak mati dua wanita Kristian di pekarangan Gereja Holy Family Parish di Gaza City dan menyifatkannya sebagai satu bentuk keganasan.
  • Beliau menzahirkan rasa duka terhadap insiden itu yang mana orang awam tidak bersenjata telah menjadi mangsa serangan rejim Israel.
  • Katanya, ketika insiden di gereja Katolik itu, “tiada langsung pengganas melainkan keluarga, kanak-kanak, orang sakit dan kurang upaya serta biarawati”.
  • “Ada yang berkata ini merupakan keganasan dan perang. Ya, ia merupakan perang dan keganasan,” katanya dipetik Vatican News pada Ahad.
  • Terdahulu, media melaporkan dua wanita Kristian – seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati penembak tepat rejim Israel.

KUALA LUMPUR – Pope Francis mengecam tindakan rejim penjajah Israel menembak mati dua wanita Kristian di pekarangan Gereja Holy Family Parish di Gaza City dan menyifatkannya sebagai satu bentuk keganasan.

Beliau menzahirkan rasa duka terhadap insiden itu yang mana orang awam tidak bersenjata telah menjadi mangsa serangan rejim Israel.

Katanya, ketika insiden di gereja Katolik itu, “tiada langsung pengganas melainkan keluarga, kanak-kanak, orang sakit dan kurang upaya serta biarawati”.

“Ada yang berkata ini merupakan keganasan dan perang. Ya, ia merupakan perang dan keganasan,” katanya dipetik Vatican News pada Ahad.

Pope Francis juga menyeru orang ramai untuk tidak melupakan penderitaan warga Palestin ketika ini.

“Jangan lupakan saudara kita yang sedang menderita kerana peperangan di Ukraine, Palestin, Israel dan zon konflik.

“Semoga Krismas ini memperkukuh komitmen untuk membuka ruang terhadap keamanan,” kata ketua agama Kristian Katolik itu.

Terdahulu, media melaporkan dua wanita Kristian – seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati penembak tepat rejim Israel.

Mangsa, Nahida dan anak perempuannya, Samar ditembak mati ketika kedua-duanya sedang berjalan masuk ke biara perempuan itu.

Tujuh lagi mangsa di gereja Katolik itu dilaporkan tercedera ketika insiden serangan berkenaan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *