Connect with us

Antarabangsa

Peningkatan serangan terhadap aktiviti solidariti Palestin di UK membimbangkan – CAGE International

Organisasi CAGE International (CAGE) mendedahkan peningkatan membimbangkan kes serangan terhadap aktiviti sokongan dan solidariti untuk Palestin di United Kingdom (UK).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peningkatan serangan terhadap aktiviti solidariti Palestin di UK membimbangkan – CAGE International
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Organisasi CAGE International (CAGE) mendedahkan peningkatan membimbangkan kes serangan terhadap aktiviti sokongan dan solidariti untuk Palestin di United Kingdom (UK).
  • Laporan organisasi itu mencatatkan peningkatan sehingga 455 peratus jumlah kes yang dikendalikan berbanding jumlah lonjakan kes terakhir dilaporkan pada 2021.
  • Di antara Oktober dan Disember 2023, CAGE mengendalikan 214 kes merangkumi 118 kes di sekolah dan kolej, 35 kes tempat kerja, 35 kes bantahan dan yang berkaitan dengannya, 13 kes universiti dan 13 kes di masjid. 
  • Menurut CAGE, peningkatan yang jelas dan ketara ini menunjukkan sekatan meluas dan membimbangkan terhadap aktiviti-aktiviti pro-Palestin.

Organisasi CAGE International (CAGE) mendedahkan peningkatan membimbangkan kes serangan terhadap aktiviti sokongan dan solidariti untuk Palestin di United Kingdom (UK).

Laporan organisasi itu mencatatkan peningkatan sehingga 455 peratus jumlah kes yang dikendalikan berbanding jumlah lonjakan kes terakhir dilaporkan pada 2021.

Di antara Oktober dan Disember 2023, CAGE mengendalikan 214 kes merangkumi 118 kes di sekolah dan kolej, 35 kes tempat kerja, 35 kes bantahan dan yang berkaitan dengannya, 13 kes universiti dan 13 kes di masjid. 

Menurut CAGE, peningkatan yang jelas dan ketara ini menunjukkan sekatan meluas dan membimbangkan terhadap aktiviti-aktiviti pro-Palestin.

“Pemerhatian kes kami memberikan bukti penuh serangan yang terkoordinasi dicetuskan kepentingan kumpulan sayap kanan, media arus perdana, ahli politik dan kumpulan pelobi.

“Ini mewakili serangan bertalu-talu terhadap Kebebasan Bersuara di bawah Perkara 10, dan Hak Keperibadian di bawah Perkara 8 ECHR,” kata laporan CAGE dipetik 5 Pillars UK.

Laporan itu menggariskan pelbagai taktik agresif penindasan sokongan terhadap Palestin melalui penguatkuasaan penyingkiran simbol atau pakaian Palestin di sekolah dan di tempat kerja selain siasatan jenayah, penggantungan dan penamatan serta-merta di tempat kerja serta banyak lagi.

Antara penemuan utama laporan itu, termasuk tindak balas agresif dan autoritarian kerajaan terhadap aktivisme sah yang menyokong Palestin serta sifat Islamofobik dalam pengekangan di mana 209 dari 214 kes melibatkan penganut agama Islam dan pelbagai lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *