Terkini
Penghijrahan secara paksa warga Palestin di Gaza ditolak
Rejim penjajah zionis Israel mahu menyegerakan penghijrahan sukarela warga Palestin dari Gaza selepas penghijrahan paksaan ditolak masyarakat dunia.

- Rejim penjajah zionis Israel mahu menyegerakan penghijrahan sukarela warga Palestin dari Gaza selepas penghijrahan paksaan ditolak masyarakat dunia.
- Menurut laporan media, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Mesyuarat Parti Likud pimpinannya pada Isnin berkata, “masalah kami adalah (pada) negara-negara yang mahu mengambil (warga Palestin) dan perkara itu sedang diusahakan”.
- Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas turut mengecam perancangan Netanyahu yang mana menurut mereka cubaan untuk “melanjutkan pencerobohan”.
- “Warga Palestin tidak akan membenarkan sebarang perancangan bertujuan untuk melenyapkan prinsip mereka atau mengeluarkan mereka dari tanah dan kehormatan mereka,” kata Hamas.
- Amerika Syarikat, negara-negara Arab dan Eropah menyuarakan bantahan terhadap sebarang bentuk penghijrahan paksa ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Rejim penjajah zionis Israel mahu menyegerakan penghijrahan sukarela warga Palestin dari Gaza selepas penghijrahan paksaan ditolak masyarakat dunia.
Menurut laporan media, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Mesyuarat Parti Likud pimpinannya pada Isnin berkata, “masalah kami adalah (pada) negara-negara yang mahu mengambil (warga Palestin) dan perkara itu sedang diusahakan”.
“Israel perlu menubuhkan jawatankuasa untuk bertindak terhadap isu itu supaya sesiapa yang mahu pergi ke negara ketiga boleh melakukannya,” kata Ahli Parti Likud, Danny Danon dipetik agensi berita Anadolu.
Warga Palestin dilaporkan mengecam rancangan Netanyahu itu selain menggesa tekanan dan pendirian antarabangsa supaya menentang idea tersebut.
“Pengakuan Netanyahu berkenaan pengusiran rakyat kita adalah satu tamparan baharu kepada negara-negara yang menyokong (tindakan) genosidnya di wilayah Gaza,” kata Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.
Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas turut mengecam perancangan Netanyahu yang mana menurut mereka cubaan untuk “melanjutkan pencerobohan”.
“Warga Palestin tidak akan membenarkan sebarang perancangan bertujuan untuk melenyapkan prinsip mereka atau mengeluarkan mereka dari tanah dan kehormatan mereka,” kata Hamas.
Amerika Syarikat, negara-negara Arab dan Eropah menyuarakan bantahan terhadap sebarang bentuk penghijrahan paksa ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times
