Connect with us

Terkini

Pemegang PLKS tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan

Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemegang PLKS tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155). 
  • Kegagalan mematuhi peraturan itu membolehkan pas tersebut dibatalkan Jabatan Imigresen (JIM) dengan serta merta dan mereka boleh diusir dari negara ini. 
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan selagi JIM tidak membenarkannya. 
  • PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.
  • Media tempatan pada 2 Oktober lalu melaporkan terdapat wanita tempatan sanggup bersuamikan warga asing semata-mata membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan sekali gus tinggal lebih lama di Malaysia.

KUALA LUMPUR — Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan sebagaimana dinyatakan dalam Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155). 

Kegagalan mematuhi peraturan itu membolehkan pas tersebut dibatalkan Jabatan Imigresen (JIM) dengan serta merta dan mereka boleh diusir dari negara ini. 

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan selagi JIM tidak membenarkannya. 

Ia antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAKIM dan JIM mengenai isu perkahwinan antara pasangan berkenaan.

Jurucakap JAKIM dipetik Harian Metro sebagai berkata, setakat ini semua negeri menggunakan SOP sama iaitu hanya membenarkan perkahwinan dilangsungkan selepas mendapat kebenaran JIM.

PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit. 

Pas itu hanya dikeluarkan selepas majikan membuat permohonan bagi Visa Dengan Rujukan (VDR) JIM secara atas talian mahupun manual.

Media tempatan pada 2 Oktober lalu melaporkan terdapat wanita tempatan sanggup bersuamikan warga asing semata-mata membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan sekali gus tinggal lebih lama di Malaysia.

Ketua Skuad Terjah, Mohd Razil Mohd Noor berkata, apabila warga asing berkahwin dengan wanita tempatan, mereka mudah mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan perniagaan.

Justeru, beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan campur tangan dalam isu kebanjiran dan lambakan warga asing di negara ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *