Connect with us

Terkini

Kes Amang Seksual: PU Azman diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman membela diri atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, tahun lalu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes Amang Seksual: PU Azman diperintah bela diri
Foto: Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman.
  • Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman membela diri atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, tahun lalu. 
  • Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan dihadapi Azman tersebut atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 42, di akhir kes pendakwaan. 
  • Syafeera dalam hujahannya memberikan tiga pilihan kepada Azman bagi peringkat prosiding pembelaan nanti dengan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 12 Januari 2024.
  • “Jika kamu memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi kamu perlu bersedia disoal oleh pendakwa raya. Jika kamu memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh maka keterangan tersebut tidak cukup kuat kerana tidak boleh dicabar oleh pendakwa dan tidak menyoal balas kamu. Selain itu (pilihan ketiga adalah) kamu berdiam diri,” katanya dipetik Kosmo, hari ini. 
  • Peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman memaklumkan memilih keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
  • Azman dituduh dua kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang, Klang masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman membela diri atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, tahun lalu. 

Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan dihadapi Azman tersebut atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 42, di akhir kes pendakwaan. 

Syafeera dalam hujahannya memberikan tiga pilihan kepada Azman bagi peringkat prosiding pembelaan nanti dengan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 12 Januari 2024.

“Orang Kena Tuduh (Azman) diberi tiga pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, atau memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh ataupun berdiam diri.

“Jika kamu memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi kamu perlu bersedia disoal oleh pendakwa raya. Jika kamu memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh maka keterangan tersebut tidak cukup kuat kerana tidak boleh dicabar oleh pendakwa dan tidak menyoal balas kamu. Selain itu (pilihan ketiga adalah) kamu berdiam diri,” katanya dipetik Kosmo, hari ini. 

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman memaklumkan memilih keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

“Buat masa ini hanya panggil OKT sahaja (sebagai saksi pembelaan). Sekiranya ada perkembangan akan dimaklumkan (kepada mahkamah),” katanya.

Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man dituduh dua kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang, Klang masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017  yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi  20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *