Antarabangsa
Kami lebih takut dibom Israel berbanding layanan Hamas
Tawanan warga Israel yang dibebaskan Hamas baru-baru ini mendedahkan mereka lebih takutkan mati disebabkan pengeboman rambang rejim Israel berbanding Hamas.
- Tawanan warga Israel yang dibebaskan Hamas baru-baru ini mendedahkan mereka lebih takutkan mati disebabkan pengeboman rambang rejim Israel berbanding Hamas.
- The Cradle memetik Ynet melaporkan Menir Oz membuat kenyataan itu dalam pertemuan antara beliau dan tawanan lain yang baru dibebaskan serta ahli keluarga mereka di satu pihak dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kabinet Perangnya di satu pihak yang lain.
- “Kami sedang duduk di dalam terowong dan kami sangat takut bahawa bukan Hamas, tetapi Israel yang akan membunuh kami, dan kemudian mereka akan berkata, “Hamas membunuh kamu,” kata tawanan warga Israel, Menir Oz.
- Seorang tawanan lain yang dibebaskan bersama anak-anaknya dalam pertemuan itu turut menzahirkan rasa marahnya terhadap serangan tentera ke lokasi, di mana dia ditahan di Gaza dengan helikopter Apache Israel melepaskan tembakan ke arah mereka ketika dibawa dari rumah merentasi sempadan Gaza.
Tawanan warga Israel yang dibebaskan Hamas baru-baru ini mendedahkan mereka lebih takutkan mati disebabkan pengeboman rambang rejim Israel berbanding Hamas.
The Cradle memetik Ynet melaporkan Menir Oz membuat kenyataan itu dalam pertemuan antara beliau dan tawanan lain yang baru dibebaskan serta ahli keluarga mereka di satu pihak dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kabinet Perangnya di satu pihak yang lain.
Dalam pertemuan itu, tawanan dan ahli keluarga mereka memarahi Netanyahu atas dasar perangnya yang membahayakan nyawa mereka.
“Saya berada di sana dan saya tahu betapa sukarnya (situasi) sebagai tahanan.
“Setiap hari sepanjang ditahan sangat sukar. Saya berada di dalam sebuah rumah apabila pengeboman berlaku di sekelilingnya.
“Kami sedang duduk di dalam terowong dan kami sangat takut bahawa bukan Hamas, tetapi Israel yang akan membunuh kami, dan kemudian mereka akan berkata, “Hamas membunuh kamu”.
“Jadi, saya memohon secepat mungkin untuk mulakan pertukaran banduan dan setiap dari mereka harus pulang ke rumah. Tiada siapa lebih utama (berbanding yang lain). Semua orang penting,” kata Menir dipetik The Cradle.
Seorang tawanan lain yang dibebaskan bersama anak-anaknya dalam pertemuan itu turut menzahirkan rasa marahnya terhadap serangan tentera ke lokasi, di mana dia ditahan di Gaza dengan helikopter Apache Israel melepaskan tembakan ke arah mereka ketika dibawa dari rumah merentasi sempadan Gaza.
Netanyahu berjanji mendapatkan semula semua warga Israel yang ditawan Hamas dan mengalahkan kumpulan pembebasan Palestin itu secara ketenteraan, lapor The Cradle.
Malangnya, ramai melihat tindakan itu sebagai matlamat yang bercanggah dan mencadangkan tawanan dibebaskan melalui gencatan senjata sebelum diikuti dengan perundingan.
Sumber: The Cradle