Terkini
Jangan benarkan kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang – BDS Malaysia
Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.
- Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.
- Menurut BDS, kapal dimiliki syarikat perkapalan Israel, Zim Shipping itu dijadualkan berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.
- Kebenaran berlabuh itu diberikan Kementerian Pengangkutan.
- “Kami menggesa Menteri Pengangkutan untuk segera mengarahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang untuk tidak membenarkan kapal itu berlabuh.
- “Kegagalan untuk berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak serius dalam menghentikan kekejaman dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” kata BDS dalam hantaran di Instagram pada Selasa.
KUALA LUMPUR – Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.
Menurut BDS Malaysia, kapal dimiliki syarikat perkapalan Israel, Zim Shipping itu dijadualkan berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.
Kebenaran berlabuh itu diberikan Kementerian Pengangkutan.
“Kami menggesa Menteri Pengangkutan untuk segera mengarahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang untuk tidak membenarkan kapal itu berlabuh.
“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak serius dalam menghentikan kekejaman dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” kata BDS Malaysia dalam hantaran di Instagram pada Selasa.
Difahamkan, kapal milik syarikat Israel itu diberi kebenaran berlabuh oleh Kementerian Pengangkutan dengan alasan ia didaftarkan di negara lain.
“Bagaimanapun, memandangkan ia dimiliki syarikat Israel, sepatutnya ia tidak dibenarkan berlabuh kerana dasar Malaysia yang tidak seharusnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel,” kata BDS Malaysia, turut membuat petisyen berhubung halangan kapal Israel berlabuh di Malaysia itu.
BDS Malaysia berkata gesaan menolak itu adalah selaras dengan dasar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan perdagangan dengan negara haram berkenaan. – The Merdeka Times