Connect with us

Antarabangsa

Houthi serang kapal Israel, AS tubuh misi multinasional jaga keselamatan Laut Merah

Selepas Houthi di Yaman menyerang kapal-kapal Israel, Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penubuhan misi multinasional untuk menentang serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.
  • Selepas Houthi di Yaman menyerang kapal-kapal Israel, Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penubuhan misi multinasional untuk menentang serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.
  • Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam kenyataan berkata, serangan Houthi membahayakan kelancaran perdagangan, membawa risiko kepada pelaut dan melanggar undang-undang antarabangsa.
  • “Ini adalah cabaran antarabangsa yang memerlukan tindakan kolektif. Oleh itu, hari ini saya mengumumkan penubuhan Operasi Prosperity Guardian, satu inisiatif keselamatan serantau di bawah Pasukan Maritim Gabungan dan kepemimpinan Pasukan Petugas 153 yang menumpukan kepada keselamatan di Laut Merah,” kata Austin dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.
  • Misi itu menghimpunkan 10 negara, termasuk UK, Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Seychelles dan Sepanyol.
  • Houthi sebelum ini melancarkan serangan peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas kapal dagang Israel sebagai protes serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin, sejak 7 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Selepas Houthi di Yaman menyerang kapal-kapal Israel, Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penubuhan misi multinasional untuk menentang serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam kenyataan berkata, serangan kumpulan Houthi membahayakan kelancaran perdagangan, membawa risiko kepada pelaut dan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Ini adalah cabaran antarabangsa yang memerlukan tindakan kolektif. Oleh itu, hari ini saya mengumumkan penubuhan Operasi Prosperity Guardian, satu inisiatif keselamatan serantau di bawah Pasukan Maritim Gabungan dan kepemimpinan Pasukan Petugas 153 yang menumpukan kepada keselamatan di Laut Merah,” kata Austin dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.

Misi multinasional itu menghimpunkan 10 negara, termasuk UK, Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Seychelles dan Sepanyol.

Laut Merah merupakan laluan maritim penting yang menjadi asas kepada kebebasan pelayaran dan laluan perdagangan antarabangsa utama. 

Houthi sebelum ini melancarkan serangan peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas kapal dagang Israel sebagai protes serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin, sejak 7 Oktober lalu.

Media antarabangsa melaporkan lebih 1.8 juta warga Palestin di Gaza dilaporkan hilang tempat tinggal dan lebih 19,700 penduduk di wilayah konflik itu, majoritinya kanak-kanak dan wanita, dibunuh rejim zionis Israel dalam serangan udara dan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *