Connect with us

Antarabangsa

Houthi rekrut puluhan ribu rakyat Yaman berperang dengan Israel

Kumpulan Houthi merekrut  puluhan ribu rakyat Yaman yang mahu berperang dengan rejim penjajah zionis Israel di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Houthi rekrut puluhan ribu rakyat Yaman berperang dengan Israel
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Kumpulan Houthi merekrut puluhan ribu rakyat Yaman yang mahu berperang dengan rejim penjajah zionis Israel di Gaza.
  • Bagaimanapun, perkara itu mendatangkan kekhuatiran kepada pihak tertentu yang bimbang rekrut baharu itu akan diguna untuk menentang lawan Houthi di Yaman.
  • Menurut pihak berkuasa kerajaan Yaman, berdasarkan pemerhatian pakar tentera dan politik, kumpulan Houthi dilihat memanfaatkan kemarahan masyarakat di negara itu terhadap serangan rejim Israel ke atas Gaza, untuk merekrut ahli.
  • Terdahulu, kumpulan berkenaan telah menyerang kapal Israel dan Amerika Syarikat di Laut Merah.
  • Susulan itu, beberapa syarikat perkapalan memutuskan untuk tidak menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan perdagangan sekali gus memberikan kesan langsung kepada negara haram Israel.

Kumpulan Houthi merekrut  puluhan ribu rakyat Yaman yang mahu berperang dengan rejim penjajah zionis Israel di Gaza.

Bagaimanapun, perkara itu mendatangkan kekhuatiran kepada pihak tertentu yang bimbang rekrut baharu itu akan digunakan untuk menentang lawan Houthi di Yaman.

Menurut pihak berkuasa kerajaan Yaman, berdasarkan pemerhatian pakar tentera dan politik, kumpulan Houthi dilihat memanfaatkan kemarahan masyarakat di negara itu terhadap serangan rejim Israel ke atas Gaza, untuk merekrut ahli.

“Ini adalah satu pembohongan Houthi. Mereka tidak mempunyai sumber ketenteraan, geografi dan sumber politik untuk menghantar sesiapa saja ke Gaza,” kata Penganalisis Tentera, Brig  Jeneral Mohammed Al-Kumaim kepada Arab News pada Rabu.

Houthi menggalakkan penduduk di bawah wilayah pentadbirannya di utara Yaman untuk menyertai latihan ketenteraan bagi membantu Palestin menentang rejim penjajah Israel.

Pada Ahad, Houthi mengadakan perarakan ketenteraan bagi 20,000 rekrut baharunya di daerah Abes di wilayah utara Hajja, di mana puluhan ribu berpakaian tradisi negara itu mengangkat senjata dan mengibarkan bendera Yaman dan Palestin serta melaungkan slogan anti-Israel dan anti-Amerika.

Terdahulu, kumpulan berkenaan telah menyerang kapal Israel dan Amerika Syarikat di Laut Merah.

Susulan itu, beberapa syarikat perkapalan memutuskan untuk tidak menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan perdagangan sekali gus memberikan kesan langsung kepada negara haram Israel.

Laut Merah bersambung dengan Terusan Suez di Mesir yang merupakan laluan utama bagi perdagangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *