Connect with us

Antarabangsa

357,000 rumah rosak, musnah akibat serangan tentera rejim pengganas Israel di Gaza

Jumlah rumah mengalami kerosakan atau dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim pengganas Israel di Gaza mencecah 357,000 unit kediaman sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas wilayah konflik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Infografik jumlah bangunan rosak ataupun bangunan hancur sepenuhnya di Gaza.
  • Jumlah rumah mengalami kerosakan atau dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim pengganas Israel di Gaza mencecah 357,000 unit kediaman sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas wilayah konflik itu.
  • Angka itu berdasarkan Infografik agensi berita Anadolu yang memaparkan jumlah bangunan pada kategori bangunan rosak ataupun bangunan hancur sepenuhnya dari 7 Oktober lalu sehingga 6 Disember 2023.
  • Bagi kategori bangunan disahkan hancur sepenuhnya, ia terdiri daripada 52,000 bangunan kediaman, 121 bangunan kerajaan, 100 masjid dan 69 sekolah-sekolah.
  • Bangunan mengalami kerosakan tanpa perincian jelas tahap pemusnahannya pula terdiri daripada 305,000 unit kediaman, 275 sekolah-sekolah, 192 masjid dan tiga gereja.

Jumlah rumah mengalami kerosakan atau dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim pengganas Israel di Gaza mencecah 357,000 unit kediaman sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas wilayah konflik itu.

Angka itu berdasarkan Infografik agensi berita Anadolu yang memaparkan jumlah bangunan pada kategori bangunan rosak ataupun bangunan hancur sepenuhnya dari 7 Oktober lalu sehingga 6 Disember 2023.

Bagi kategori bangunan disahkan hancur sepenuhnya, ia terdiri daripada 52,000 bangunan kediaman, 121 bangunan kerajaan, 100 masjid dan 69 sekolah-sekolah.

Bangunan yang mengalami kerosakan tanpa perincian jelas tahap pemusnahannya pula terdiri daripada 305,000 unit kediaman, 275 sekolah-sekolah, 192 masjid dan tiga gereja.

75 hospital dan pusat kesihatan direkodkan sudah tidak lagi beroperasi di wilayah konflik itu dengan jumlah mereka yang terusir kini mencecah 1.5 Juta individu.

Rekod bersumberkan Pejabat Media Kerajaan Tempatan Gaza itu turut menunjukkan peratusan kediaman penduduk awam yang telah dihancurkan di wilayah itu sebanyak 61 peratus. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *