Antarabangsa
(VIDEO) Zionis Israel kasari, cederakan Yahudi ultra-Ortodoks sokong Palestin
Sebuah video tular menunjukkan polis rejim zionis Israel mengasari komuniti Yahudi ultra-Ortodoks dengan menghempas mereka ke lantai serta mengasari beberapa yang lain sehingga menyebabkan kecederaan.
Sebuah video tular menunjukkan polis rejim zionis Israel mengasari komuniti Yahudi ultra-Ortodoks dengan menghempas mereka ke lantai serta mengasari beberapa yang lain sehingga menyebabkan kecederaan.
Tindakan ganas yang menyebabkan topi kebanyakan mereka tercampak serta diri mereka ditolak dan ditarik itu dipercayai berlaku kerana kelompok itu menyebelahi warga Palestin.
Video dimuat naik di platform Twitter dengan tiga juta tontonan itu dipercayai berlaku di Mea Shearim, Jerusalem.
Menurut akaun @TorahJudaism yang memuat naik video rakaman insiden itu, ia berlaku di kawasan komuniti yang berpendirian menolak ideologi zionis.
“Satu-satunya kesalahan (golongan) Yahudi ini adalah (tindakan) mereka menyebelahi penduduk Palestin dan membelakangi (ideologi) zionis,” kata kapsyen di hantaran IG itu.
Di dalam sebuah video lain dimuat naik akaun sama, kekasaran dilakukan polis rejim zionis lebih dahsyat apabila bertindak mengasari golongan Yahudi sekitar kawasan Meron sehingga cedera parah.
Kekejaman berterusan dari zionis kali ini dikatakan “hanya kerana mereka beribadah”, tanpa menjelaskan perincian ibadah dilakukannya.
Mangsa turut dilaporkan dibawa ke Hospital Hadassah menggunakan helikopter kerana mengalami pendarahan otak disebabkan serangan polis zionis Israel itu. – The Merdeka Times
Sumber: X – Torah Judaism 1, X – Torah Judaism 2