Connect with us

Terkini

Tidak wajar ‘boikot’ tunai haji, umrah hanya kerana Arab Saudi ingin normalisasi dengan Israel

Tiada kewajaran untuk masyarakat Islam memboikot atau enggan mengerjakan haji dan umrah susulan rundingan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel masih berjalan di tengah-tengah pembantaian rejim zionis ke atas warga Palestin.

Hidayah Sani

Published

on

Tidak wajar ‘boikot’ tunai haji, umrah hanya kerana Arab Saudi ingin normalisasi dengan Israel
Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle.
  • Tiada kewajaran untuk masyarakat Islam memboikot atau enggan mengerjakan haji dan umrah susulan rundingan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel masih berjalan di tengah-tengah pembantaian rejim zionis ke atas warga Palestin.
  • Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle berkata ini kerana masyarakat Islam melaksanakan kedua-dua ibadah itu untuk Allah SWT dan tiada kaitan dengan Arab Saudi dari segi niat, mahupun perkara lain.
  • Dr Rozaimi berkata ini juga kerana tiada alternatif lain bagi mengerjakan haji dan umrah melainkan sebagaimana ditetapkan ia perlu dilakukan di Makkah dan Madinah.
  • “Maksudnya umrah haji kita tiada kaitan pun dengan Saudi ini dari sudut niat dan sebagainya jadi saya tidak nampak kewajaran untuk memboikot itu tetapi kita hanya perlu minimakan sokongan kita kalau Arab Saudi ada buat benda-benda bercanggah dengan syarak,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Tiada kewajaran untuk masyarakat Islam memboikot atau enggan mengerjakan haji dan umrah susulan rundingan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel masih berjalan di tengah-tengah pembantaian rejim zionis ke atas warga Palestin.

Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle berkata ini kerana masyarakat Islam melaksanakan kedua-dua ibadah itu untuk Allah SWT dan tiada kaitan dengan Arab Saudi dari segi niat, mahupun perkara lain.

Dr Rozaimi berkata ini juga kerana tiada alternatif lain bagi mengerjakan haji dan umrah melainkan sebagaimana ditetapkan ia perlu dilakukan di Makkah dan Madinah.

“Haji dan umrah ini kita buat bukan kerana Saudi kita buat kerana Allah jadi maksudnya di zaman Nabi SAW pun sewaktu Umrah Dhu’l-Qada selepas pada perjanjian Hudaibiyah, Makkah masih ada lagi di bawah pemerintahan Kerajaan Quraisy yang tidak Islam masa itu jahiliah lagi tapi nabi tetap buat umrah ketika itu.

“Maksudnya umrah haji kita tiada kaitan pun dengan Saudi ini dari sudut niat dan sebagainya jadi saya tidak nampak kewajaran untuk memboikot itu tetapi kita hanya perlu minimakan sokongan kita kalau Arab Saudi ada buat benda-benda bercanggah dengan syarak,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai hukum sekiranya ada masyarakat Islam tidak mahu menunaikan umrah ataupun haji disebabkan pendirian penjaga dua masjid suci umat Islam itu yang masih dalam rundingan menormalisasikan hubungan dengan rejim Israel ketika ini.

Mengulas lanjut, Rozaimi berkata tiada kewajaran juga masyarakat bertindak tidak mahu mengerjakan haji dan umrah kerana normalisasi itu masih belum berlaku dan ia dalam proses perbincangan.

Advertisement

Beliau turut tidak bersetuju sekiranya negara Arab itu menormalisasikan hubungan dengan rejim zionis Israel dalam situasi kebanyakan negara-negara Islam mengecam negara penjajah tersebut.

“Kalau nak teruskan hubungan normalisasi ini memang satu pendirian yang pelik dan jelik bagi saya sebab Israel itu sendiri perampas negara Palestin yang sepatutnya tiada normalisasi melainkan perlu diberikan hak kepada rakyat Palestin,” katanya. —- The Merdeka Times

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending