Antarabangsa
Tidak tahan dengan penghinaan kasta oleh rakan sekolah, Pelajar Dalit bunuh diri
Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta di Tamil Nadu.

- Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta di Tamil Nadu, lapor The News Minute.
- V Vishnu Kumar, pelajar Kelas 11, yang tergolong dalam komuniti Paria dilaporkan berkawan dengan gadis dari masyarakat Kallar di mana mereka belajar di sekolah sama sehingga kelas 10 dan kekal berhubung walaupun selepas dia berpindah ke sekolah lain untuk pendidikan menengah tinggi.
- Marah dengan persahabatan itu, pelajar Kallar lain memberi amaran kepadanya untuk tidak bercakap dengan gadis tersebut.
- Pada 3 November lalu, Vishnu dipukul dan didera secara lisan dengan kata-kata penghinaan kasta semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh rakan sekolahnya dari komuniti dominan iaitu Kallar.
- Kesal dengan insiden itu, pelajar Dalit itu pulang ke rumah di Koppampatti blok Kulathoor dan membunuh diri beberapa jam kemudian.
- Komuniti Paria dikategorikan sebagai Kasta Berjadual di Tamil Nadu, manakala Kallar berada di bawah Komuniti Bernama (DNC) dalam kategori Kelas Paling Belakang (MBC) di negeri itu.
Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta di Tamil Nadu.
Aktivis menggesa polis negeri menyiasat dan menahan pelaku yang terlibat dalam jenayah itu dan mengisytiharkan Pudukottai sebagai kawasan terdedah kepada kekejaman kasta, lapor The News Minute.
V Vishnu Kumar, pelajar Kelas 11, yang tergolong dalam komuniti Paria dilaporkan berkawan dengan gadis dari masyarakat Kallar di mana mereka belajar di sekolah sama sehingga kelas 10 dan kekal berhubung walaupun selepas dia berpindah ke sekolah lain untuk pendidikan menengah tinggi.
Marah dengan persahabatan itu, pelajar Kallar lain memberi amaran kepadanya untuk tidak bercakap dengan gadis tersebut.
Pada 3 November lalu, Vishnu dipukul dan didera secara lisan dengan kata-kata penghinaan kasta semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh rakan sekolahnya dari komuniti dominan iaitu Kallar.
Kesal dengan insiden itu, pelajar Dalit itu pulang ke rumahnya di Koppampatti blok Kulathoor dan membunuh diri beberapa jam kemudian.
Sebelum dia mati kerana membunuh diri, Vishnu memberitahu datuknya apa yang berlaku kepadanya.
Datuknya berusaha menenangkan Vishnu dan berjanji untuk memfailkan aduan polis terhadap pelaku.
Komuniti Paria dikategorikan sebagai Kasta Berjadual di Tamil Nadu, manakala Kallar berada di bawah Komuniti Bernama (DNC) dalam kategori Kelas Paling Belakang (MBC) di negeri itu.
Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.
Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.
Sumber : The News Minute
