Connect with us

Terkini

Tentera rejim Israel bunuh dua lagi wartawan Palestin dalam serangan udara

Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua lagi wartawan Palestin dalam siri pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tentera rejim Israel bunuh dua lagi wartawan Palestin dalam serangan udara
Foto: Wartawan Palestin yang terkorban dalam pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.
  • Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua lagi wartawan Palestin dalam siri pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.
  • Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City menyebabkan sejumlah penduduk Palestin terkorban, termasuk seorang wartawan wanita, Alaa’ Taher al-Hasanat.
  • Seorang wartawan wanita yang lain, Ayat Khaddoura, juga menjadi mangsa serangan udara penjajah Israel ke atas rumahnya di bandar Beit Lahia di utara Gaza.
  • Khaddoura memaklumkan bahawa tentera Israel melepaskan bom fosforus putih ke atas Beit Lahia untuk mendesak penduduknya keluar meninggalkan bandar itu.

Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua lagi wartawan Palestin dalam siri pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.

Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City menyebabkan sejumlah penduduk Palestin terkorban, termasuk seorang wartawan wanita, Alaa’ Taher al-Hasanat.

Seorang wartawan wanita yang lain, Ayat Khaddoura juga menjadi mangsa serangan udara penjajah Israel ke atas rumahnya di bandar Beit Lahia di utara Gaza.

Menurut agensi berita itu, Khaddoura bersiaran langsung di Al-Ghad TV sejurus sebelum pengeboman itu sambil berkata menerusi televisyen, “ini mungkin video terakhir saya”.

Beliau memaklumkan bahawa tentera Israel melepaskan bom fosforus putih ke atas Beit Lahia untuk mendesak penduduknya keluar meninggalkan bandar itu.

“Syahidnya Alaa’ al-Hasanat dan Ayat Khaddoura dalam serangan udara Isnin lalu meningkatkan jumlah wartawan yang syahid kepada 62 sejak bermulanya serangan keganasan (Israel ke atas Gaza),” kata kenyataan Jabatan Media Kerajaan Palestin di Gaza dipetik agensi berita Anadolu.

Rejim Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Gaza berikutan serangan balas kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada 7 Oktober lalu.

Terkini, Al Jazeera melaporkan lebih 14,100 warga Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober lalu, manakala di Israel, kiraan rasmi mangsa kematian disebabkan Hamas kekal pada sekitar 1,200 maut. 

Sumber: Agency Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *