Terkini
Seliaan berkala tiga bulan sekali jamin keselamatan kanak-kanak – Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seliaan dan pengawasan berkala sebagai usaha menjamin keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jagaan ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seliaan dan pengawasan berkala sebagai usaha menjamin keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jagaan ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS akan dijalankan setiap tiga bulan mengikut tempoh diperintahkan mahkamah.
- “Garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS yang disebutkan tadi juga telah meliputi SOP selepas penempatan kanak-kanak dibuat.
- “Selepas penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS, pelindung atau individu yang dilantik oleh mahkamah bagi kanak-kanak sama ada ahli pasukan perlindungan kanak-kanak mahupun individu yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi kanak-kanak akan menjalankan seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS setiap tiga bulan mengikut tempoh perintah mahkamah,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
- Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah yang bertanyakan langkah diambil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjamin keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan penjaga mereka.
KUALA LUMPUR — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menetapkan seliaan dan pengawasan berkala sebagai usaha menjamin keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bawah jagaan ibu bapa peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS akan dijalankan setiap tiga bulan mengikut tempoh diperintahkan mahkamah.
“Garis panduan pengurusan penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS yang disebutkan tadi juga telah meliputi SOP selepas penempatan kanak-kanak dibuat.
“Selepas penempatan kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan atau OYLS, pelindung atau individu yang dilantik oleh mahkamah bagi kanak-kanak sama ada ahli pasukan perlindungan kanak-kanak mahupun individu yang difikirkan sesuai oleh mahkamah bagi kanak-kanak akan menjalankan seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS setiap tiga bulan mengikut tempoh perintah mahkamah,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah yang bertanyakan langkah diambil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjamin keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan penjaga mereka.
Nancy berkata pihak dilantik akan membuat temu janji bersama ibu bapa peliharaan atau OYLS bersama pelindung JKM untuk hadir ke pejabat JKM ataupun melawat ke rumah penjaga tersebut.
Katanya, perbincangan perlu dibuat bersama kanak-kanak dan penjaga mereka untuk mengenal pasti masalah dihadapi dan perancangan boleh diambil bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan penjaga sepanjang tempoh penjagaan berjalan.
“Perbincangan bersama kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan atau OYLS dibuat kedua-dua kaedah secara berasingan dan bersama mengenai masalah yang dihadapi, keperluan kanak-kanak, strategi dan perancangan bagi memenuhi keperluan serta peranan keluarga,” katanya.
Setakat Ogos lalu, JKM mengendalikan pelbagai kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak melibatkan kes penganiayaan, penderaan dan beberapa faktor lain.
“Sebanyak 1,240 kes penderaan fizikal, 1,603 kes penderaan seksual, 73 kes penderaan emosi, 1,530 kes pengabaian, 156 kes dibuang atau ketiadaan ibu bapa dan 614 kes atas faktor-faktor lain,” kata Nancy. — The Merdeka Times
Sumber: Youtube Parlimen Malaysia