Connect with us

Antarabangsa

Ratu pondan menyerupai ‘Jesus’ cetuskan kemarahan warga Filipina

Seorang ratu pondan Filipina ditahan setelah bertindak membaca doa penganut Kristian (‘Lord’s Prayer’) dengan penampilan menyerupai ‘Jesus’, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti katolik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Amadeus Fernando Pagente yang dikenali dengan nama Pura Luka Vega.
  • Seorang ratu pondan Filipina ditahan setelah bertindak membaca doa penganut Kristian (‘Lord’s Prayer’) dengan penampilan menyerupai ‘Jesus’, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti katolik itu.
  • Amadeus Fernando Pagente yang dikenali dengan nama Pura Luka Vega ditangkap pada 4 Oktober lalu berhubung persembahannya semasa sambutan Pride in Manila of Ama Namin, dengan nyanyian Lord’s Prayer versi punk rock.
  • Vega, 33, didakwa melanggar undang-undang yang melarang “lakonan, adegan, perbuatan atau pertunjukan yang tidak senonoh atau tidak bermoral” yang “menyinggung mana-mana kaum atau agama”.
  • Pertuduhan dihadapinya membawa hukuman penjara hingga 12 tahun serta kemungkinan dikenakan denda.
  • Video kelakuannya itu tular dan tindakannya itu dikutuk tokoh agama terkemuka dan penggubal undang-undang Filipina.

Seorang ratu pondan Filipina ditahan setelah bertindak membaca doa penganut Kristian (‘Lord’s Prayer’) dengan penampilan menyerupai ‘Jesus’, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti katolik itu.

Amadeus Fernando Pagente yang dikenali dengan nama Pura Luka Vega ditangkap pada 4 Oktober lalu berhubung persembahannya semasa sambutan Pride in Manila of Ama Namin, dengan nyanyian Lord’s Prayer versi punk rock.

Vega, 33, didakwa melanggar undang-undang yang melarang “lakonan, adegan, perbuatan atau pertunjukan yang tidak senonoh atau tidak bermoral” yang “menyinggung mana-mana kaum atau agama”.

Pertuduhan dihadapinya membawa hukuman penjara hingga 12 tahun serta kemungkinan dikenakan denda.

Video kelakuannya itu tular dan tindakannya itu dikutuk tokoh agama terkemuka dan penggubal undang-undang Filipina.

Persidangan Uskup Katolik Filipina turut mengatakan persembahan itu bertindak ‘menghina’ dan tidak menghormati gereja.

The Philippines for Jesus Movement dan beberapa kumpulan Kristian lain turut memfailkan laporan jenayah ke atasnya.

Penghibur itu diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ di 17 kawasan negara itu, termasuk di Manila dan Cebu.

Sumber: Al Jazeera, Manila Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *