Connect with us

Antarabangsa

Perjanjian Abraham Accords UAE, Israel masih “stabil dan diteruskan” – Pakar strategik antarabangsa

Pakar hal ehwal politik dan strategik yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani Bahrain, UAE dan Israel masih “stabil dan diteruskan”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perjanjian Abraham Accords UAE, Israel masih “stabil dan diteruskan” – Pakar strategik antarabangsa
Foto: Pakar Hal Ehwal Politik dan Strategik, Amjad Taha.
  • Pakar hal ehwal politik dan strategik yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani Bahrain, UAE dan Israel masih “stabil dan diteruskan”.
  • Perkara itu disahkan Amjad Taha, pakar hal ehwal politik dan strategik kepada The Media Line.
  • Menurut Taha, Abraham Accords dilihat sebagai penyelesaian kepada krisis, selain satu rangka kerja supaya penyelesaian diplomatik dan politik dapat ditemui bagi menyelesaikan krisis keselamatan dan ketenteraan rantau itu.
  • “Solusi terbaik untuk apa yang berlaku di Gaza hari ini,” Taha menyambung; “adalah dengan berdialog, gencatan senjata, serta dicari solusi kemanusiaan bagi masyarakat Gaza, yang merupakan prinsip dalam Abraham Accords, yang sentiasa mencari (solusi) terbaik untuk masyarakat serantau.
  • “Setelah krisis tamat, (dengan) masyarakat Palestin menghapuskan Hamas serta jenayahnya, keputusan terletak di tangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan masyarakat Palestin, (dengan) kita semakin menghampiri solusi dua negara berbanding sebelum ini,” kata Taha.

Pakar hal ehwal politik dan strategik yang menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan Perjanjian Abraham (Abraham Accords) yang ditandatangani Bahrain, UAE dan Israel masih “stabil dan diteruskan”.

Perkara itu dilaporkan The Media Line yang menghubungi seorang pakar hal ehwal politik dan strategik, Amjad Taha.

Menurut Taha, Abraham Accords dilihat sebagai penyelesaian kepada krisis, selain satu rangka kerja supaya penyelesaian diplomatik dan politik dapat ditemui bagi menyelesaikan krisis keselamatan dan ketenteraan rantau itu.

“Solusi terbaik untuk apa yang berlaku di Gaza hari ini,” Taha menyambung; “adalah dengan berdialog, gencatan senjata, serta dicari solusi kemanusiaan bagi masyarakat Gaza, yang merupakan prinsip dalam Abraham Accords, yang sentiasa mencari (solusi) terbaik untuk masyarakat serantau.

“Setelah krisis tamat, (dengan) masyarakat Palestin menghapuskan Hamas serta jenayahnya, keputusan terletak di tangan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan masyarakat Palestin, (dengan) kita semakin menghampiri solusi dua negara berbanding sebelum ini,” kata Taha.

Taha percaya dengan mendekati solusi dua negara, banyak negara Arab akan menyertai Abraham Accords, menormalisasikan hubungan dengan Israel atau mungkin membuat perjanjian dengan Israel yang menyamai Abraham Accords.

“Seandainya sebelum ini Abraham Accords dikembangkan, kita tidak akan melihat krisis dan insiden seperti ini; atau (kita) akan menguruskannya dengan cara berbeza yang lebih baik, serta kumpulan pengganas seperti Hamas, Hizbullah, dan Houthi tidak akan bersuara sebanyak dilakukan mereka hari ini,” kata Taha.

Abraham Accords merupakan perjanjian yang ditandatangani UAE dan Bahrain bersama Israel pada 15 September 2020, bermulanya pengiktirafan kedua-dua negara itu terhadap kedaulatan, hubungan normalisasi dan diplomatik bersama negara haram Israel. 

Sumber: The Media Line

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *