Terkini
Penghantaran sukarelawan Malaysia ke Gaza bergantung persetujuan negara Arab – PM
Penghantaran sukarelawan Malaysia ke Semenanjung Gaza susulan gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari, akan bergantung kepada persetujuan bersama Negara Arab dan Islam yang lain.
- Penghantaran sukarelawan Malaysia ke Semenanjung Gaza susulan gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari, akan bergantung kepada persetujuan bersama Negara Arab dan Islam yang lain.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketika ini Malaysia juga terbuka untuk menghantar sukarelawan ke negara bergolak itu.
- “Ia terserah kepada keputusan bersama. Kita terbuka untuk menghantar (sukarelawan). Apa pun kita setuju.
- “Cuma ia tertakluk kepada persetujuan kita dengan negara Arab dan juga Negara Islam. Terutamanya negara-negara sekitar Palestin,” katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, di sini hari ini.
PUTRAJAYA: Penghantaran sukarelawan Malaysia ke Semenanjung Gaza susulan gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari, akan bergantung kepada persetujuan bersama Negara Arab dan Islam yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketika ini Malaysia juga terbuka untuk menghantar sukarelawan ke negara bergolak itu.
“Ia terserah kepada keputusan bersama. Kita terbuka untuk menghantar (sukarelawan). Apa pun kita setuju.
“Cuma ia tertakluk kepada persetujuan kita dengan negara Arab dan juga Negara Islam. Terutamanya negara-negara sekitar Palestin,” katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, di sini hari ini.
Mengulas mengenai gencatan senjata selama empat hari itu, Anwar menjelaskan, situasi itu kekal membimbangkan walaupun ia sedikit melegakan.
“Ia melegakan sedikit tetapi kita berdepan dengan rejim yang ganas dan kegiatan keganasan mereka itu sangat membimbangkan kita,” katanya.
Laporan antarabangsa melaporkan, gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza selama empat hari akan bermula hari ini dan pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian, kata pengantara Qatar.
Perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir.
“Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)… dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.
Pada peringkat permulaan, 13 orang akan dibebaskan membabitkan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga sama, kata Ansari pada sidang akhbar di Doha.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel