Terkini
Pelajar, ibu bapa resah program tajaan agensi KPT didakwa anjur “afterparty” di kelab malam UK
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa beliau menerima aduan ibu bapa penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) mengenai program tajaan Education Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang antara lain mengandungi program “afterparty” di kelab malam.

- Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa beliau menerima aduan ibu bapa penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) mengenai program tajaan Education Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang antara lain mengandungi program “afterparty” di kelab malam.
- Fadhli berkata Program Sukan Malaysia Nottingham anjuran Nottingham Malaysian Society merupakan acara tahunan pertandingan sukan di antara persatuan pelajar Malaysia di UK.
- “Program afterparty ini turut menimbulkan keresahan di kalangan pelajar Malaysia, ibu bapa dan juga ahli persatuan mereka.
- “Saya mendesak YB Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Khalid Nordin mengambil langkah segera agar program yang ditaja oleh agensi dibawah kementerian beliau dapat membatalkan program afterparty ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
- Semakan The Merdeka Times di Instagram @nottsmsociety mendapati Nottingham Malaysian Society menafikan dakwaan Kerajaan Malaysia dan Education Malaysia London terlibat dengan ‘afterparty’ yang akan diadakan pada Sabtu ini.
KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa beliau menerima aduan ibu bapa penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) mengenai program tajaan Education Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang antara lain mengandungi program “afterparty” di kelab malam.
Fadhli berkata Program Sukan Malaysia Nottingham anjuran Nottingham Malaysian Society merupakan acara tahunan pertandingan sukan di antara persatuan pelajar Malaysia di UK.
Bagaimanapun, persatuan itu buat pertama kali tahun ini menganjurkan ‘afterparty’ di sebuah kelab malam Tunnel Club dan secara terbuka mengajak semua peserta untuk turut serta.

Foto : Tangkap layar Instagram @nottsmsociety
“Program afterparty ini turut menimbulkan keresahan di kalangan pelajar Malaysia, ibu bapa dan juga ahli persatuan mereka.
“Saya mendesak YB Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Khalid Nordin mengambil langkah segera agar program yang ditaja oleh agensi dibawah kementerian beliau dapat membatalkan program afterparty ini.
“Saya juga mendesak semua pemberi bantuan biasiswa seperti MARA, JPA, Petronas dan lain-lain dapat memantau kegiatan pelajar Malaysia di bawah tajaan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Foto : Tangkap layar Instagram @nottsmsociety
Semakan The Merdeka Times di Instagram @nottsmsociety mendapati Nottingham Malaysian Society menafikan dakwaan Kerajaan Malaysia dan Education Malaysia London terlibat dengan ‘afterparty’ yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Presiden Nottingham Malaysian Society 23/24 menjelaskan program Afterparty merupakan acara larian melibatkan pelajar semata-mata.

Foto : Tangkap layar stories Instagram @nottsmsociety
“Kerajaan Malaysia dan Education Malaysia London sama sekali tidak dikaitkan dengan Afterparty.
“Mereka hanya bergabung dengan Nottingham Malaysian Games dan Malaysian Food Festival kami. Afterparty dengan kerjasama Monsta adalah acara larian pelajar semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ditubuhkan pada 13 April 2012, Education Malaysia Global Services (EMGS) ialah Syarikat Limited by Guarantee (“CLBG”) di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
EMGS ialah sayap yang bertanggungjawab mempromosikan Malaysia sebagai pilihan hab pendidikan antarabangsa dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pendidikan 10 terbaik.
Ia juga merupakan badan utama menguruskan pergerakan pelajar antarabangsa di Malaysia, termasuk memudahkan pemprosesan visa.
Sukan Malaysia Nottingham ialah acara sukan antara universiti berpangkalan di UK khusus untuk pelajar Malaysia yang diasaskan lebih tiga dekad lalu pada 1985.
Sukan itu bertujuan mewujudkan platform bagi belia Malaysia yang belajar di luar negara untuk bertemu dan menjalin rangkaian bersama rakyat Malaysia yang menetap, bekerja di UK dan penduduk tempatan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Fadhli Shaari, Instagram nottsmsociety
