Connect with us

Antarabangsa

Kurang satu pertiga rakyat AS sokong rejim penjajah Israel

Sokongan rakyat Amerika Syarikat (AS) kepada perang Israel di Gaza mencatatkan tahap rendah baharu dengan kaji selidik terbaru menunjukkan kurang satu pertiga responden menyokongnya, lapor portal berita Middle East Eye pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sokongan rakyat Amerika Syarikat (AS) kepada perang Israel di Gaza mencatatkan tahap rendah baharu dengan kaji selidik terbaru menunjukkan kurang satu pertiga responden menyokongnya, lapor portal berita Middle East Eye pada Rabu.
  • Tinjauan pendapat firma penyelidikan Ipsos bersama agensi berita Reuters itu mendapati  majoriti rakyat AS mahu Israel ada gencatan senjata dalam konfliknya dengan Hamas.
  • Keputusan  kaji selidik diterbitkan pada Rabu itu mendapati cuma 32 peratus responden memberikan jawapan AS harus sokong Israel selepas berhubung soalan apakah peranan perlu diambil Washington dalam perang tersebut.
  • Kajian  selama dua hari itu dilakukan secara online di seluruh AS bermula kelmarin (Isnin) untuk mengumpulkan maklum balas 1,006 orang dewasa AS dengan margin kesilapan hanya empat mata peratusan.

WASHINGTON   –  Sokongan rakyat Amerika Syarikat (AS) kepada perang Israel di Gaza mencatatkan tahap rendah baharu dengan kaji selidik terbaru menunjukkan kurang satu pertiga responden menyokongnya, lapor portal berita Middle East Eye pada Rabu.

Tinjauan pendapat oleh firma penyelidikan Ipsos bersama agensi berita Reuters itu mendapati majoriti rakyat AS mahu Israel mengadakan gencatan senjata dalam konfliknya dengan Hamas.

Keputusan kaji selidik yang diterbitkan pada Rabu itu mendapati cuma 32 peratus responden memberikan jawapan AS harus menyokong Israel selepas berhubung soalan apakah peranan yang perlu diambil oleh Washington dalam perang tersebut.

Tinjauan pendapat serupa pada Oktober lepas menyaksikan 41 peratus rakyat AS menyokong zionis dalam perang Israel-Hamas.

Kajian  selama dua hari itu dilakukan secara online di seluruh AS bermula kelmarin (Isnin) untuk mengumpulkan maklum balas daripada 1,006 orang dewasa AS dengan margin kesilapan hanya empat mata peratusan.

Kira-kira 39 peratus responden menyatakan bahawa AS perlu menjadi orang tengah dan bersikap neutral dalam konflik itu, meningkat daripada 27 peratus pada bulan lalu.

Sementara itu, sebanyak 68 peratus responden bersetuju bahawa Israel perlu mengadakan  gencatan senjata dan cuba berunding untuk menamatkan perang tersebut.

Advertisement

Majoriti responden menggesa gencatan senjata sekali gus bertentangan dengan pendirian Presiden AS, Joe Biden.

Biden menolak gesaan daripada sebilangan kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan Yahudi serta Palestin dan 120 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru Israel mengadakan gencatan senjata.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending