Connect with us

Terkini

Ketiadaan UPSR sukarkan penilaian keupayaan, potensi pelajar – Asyraf Wajdi

Ketiadaan sistem penilaian berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyukarkan penilaian keupayaan dan potensi sebenar pelajar. 

Wartawan TMT

Published

on

Ketiadaan UPSR sukarkan penilaian keupayaan, potensi pelajar – Asyraf Wajdi
Foto: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Ketiadaan sistem penilaian berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyukarkan penilaian keupayaan dan potensi sebenar pelajar.
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • “Salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,” katanya.
  • Oktober lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan UPSR tidak akan dikembalikan walau terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dikembalikan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak mereka. 

KUALA LUMPUR – Ketiadaan sistem penilaian berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyukarkan penilaian keupayaan dan potensi sebenar pelajar. 

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

“Salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,” katanya.

UPSR dimansuhkan pada April 2021 selepas peperiksaan itu dibatalkan pada 2020 susulan pandemik Covid-19. 

Oktober lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan UPSR tidak akan dikembalikan walau terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dikembalikan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak mereka. 

Menteri pendidikan, Fadhlina Sidek sebaliknya berkata usaha KPM pada ketika ini adalah memberi tumpuan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum persekolahan baharu demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending