Antarabangsa
Hutang Mesir kepada Bank Dunia selesai jika terima penduduk Gaza
Tel Aviv dilapor mempertimbangkan rancangan baharu untuk menolak keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran melupuskan semua hutang Mesir kepada Bank Dunia, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.

- Tel Aviv dilapor mempertimbangkan rancangan baharu untuk menolak keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran melupuskan semua hutang Mesir kepada Bank Dunia, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.
- Israel dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi untuk membenarkan kemasukan pelarian dari Gaza ke Mesir.
- Sumber itu menyebut Mesir bimbang pelarian Palestin dari Gaza merentasi sempadan Rafah dalam jumlah besar.
- Sisi sebelum ini memaklumkan penduduk Mesir tegas membantah ketibaan pelarian Palestin dari Gaza ke Sinai.
- Beliau memberi amaran langkah sedemikian bakal menjadikan Mesir pangkalan aktiviti ketenteraan dan menariknya ke kancah peperangan selain Sinai dijadikan hab melancarkan serangan.
Tel Aviv dilapor mempertimbangkan rancangan baharu untuk menolak keluar penduduk Gaza ke Sinai dengan tawaran melupuskan semua hutang Mesir kepada Bank Dunia, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.
Menurut akhbar itu, Israel dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi untuk membenarkan kemasukan pelarian dari Gaza ke Mesir.
Sumber itu menyebut Mesir bimbang pelarian Palestin dari Gaza merentasi sempadan Rafah dalam jumlah besar.
Sisi sebelum ini memaklumkan penduduk Mesir tegas membantah ketibaan pelarian Palestin dari Gaza ke Sinai.
Beliau memberi amaran langkah sedemikian bakal menjadikan Mesir pangkalan aktiviti ketenteraan dan menariknya ke kancah peperangan selain Sinai dijadikan hab melancarkan serangan.
Gaza didiami 2.4 juta penduduk Palestin dengan kebanyakan mereka mengerumuni sempadan Rafah yang ditutup semenjak bermulanya serangan rezim zionis yang tidak berhenti menyasarkan masyarakat awam.
Sumber: Egypt Independent
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas