Connect with us

Terkini

Graduan luar negara wajar timba pengalaman sebelum balik Malaysia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa graduan atau lepasan pelajar Malaysia di luar negara wajar untuk menimba pengalaman sebelum pulang ke tanah air.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian graduan atau lepasan pelajar Malaysia di luar negara wajar timba pengalaman sebelum pulang ke tanah air.
  • Beliau menyifatkan pengalaman dan ilmu itu akan jadikan seorang graduan lebih berwibawa.
  • “Sebagai contoh kepada pandangan tradisional, sejurus selepas graduasi, sama ada PhD atau sarjana, anda perlu balik dan berkhidmat.
  • “Saya nak cadangkan perubahan, biarkan mereka timba pengalaman, syarikat korporat atau syarikat pemula untuk menggajikan mereka,” katanya pada sesi soal jawab selepas sampaikan syarahan umum di University of California, Berkeley di sini pada Selasa petang waktu tempatan.

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa graduan atau lepasan pelajar Malaysia di luar negara wajar untuk menimba pengalaman sebelum pulang ke tanah air.

Walaupun pandangan sedemikian disifatkan beliau bertentangan pandangan tradisional, namun, pengalaman dan ilmu itu akan menjadikan seseorang graduan lebih berwibawa.

“Tidak semua perlu pulang (ke tanah air) dengan segera. Mereka boleh bekerja dan hantar duit pulang (ke Malaysia).

“Sebagai contoh kepada pandangan tradisional, sejurus selepas graduasi, sama ada PhD atau sarjana, anda perlu balik dan berkhidmat.

“Saya nak cadangkan perubahan, biarkan mereka timba pengalaman, syarikat korporat atau syarikat pemula untuk menggajikan mereka.

“Tak kisah sama di San Francisco atau di New York, biar mereka timba pengalaman dan ia akan memanfaatkan negara apabila mereka pulang ke (Malaysia) nanti.

“Kalau mungkin mereka tidak mahu balik lagi, bagi duit lebih kepada ibu bapa,” ujarnya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan umum di University of California, Berkeley di sini pada Selasa petang waktu tempatan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ketika ini terdapat kumpulan yang sedang meneliti berkenaan isu ‘brain drain’ yang dialami Malaysia ketika ini.

“Kita ada kumpulan ketika ini untuk teliti apa yang berlaku di beberapa negara, apa yang menyebabkan mereka tidak mahu balik, tapi itu termasuk juga bagaimana ekonomi diuruskan,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, ketika ini, Malaysia perlu melakukan reformasi yang sebenar serta pendekatan yang sukar untuk memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan mampu berdaya tahan dalam menarik pakar dan intelektual tempatan kembali bekerja di Malaysia.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending