Connect with us

Terkini

Genosid Palestin: ‘Two state solution’ tidak relevan – Tun M

Solusi ‘two state solution’ dilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Avatar

Published

on

Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Solusi ‘two state solution’ diilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
  • Menurut beliau, cara tersebut telah digunakan pada suatu ketika oleh pemimpin Fatah, Yasser Arafat.
  • Dr Mahathir berkata, Israel hakikatnya tidak mahu menggunapakai pelan tersebut sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.

PUTRAJAYA- Solusi ‘two state solution’ dilihat tidak relevan digunakan dalam pelan perdamaian bagi menyelesaikan isu genosid rakyat Palestin oleh rejim penjajah Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Menurut beliau, cara tersebut telah diguna pakai pada suatu ketika oleh pemimpin Fatah, Yasser Arafat.

Rejim zionis bagaimanapun menurut Tun Dr Mahathir, tidak menerima pakai pelan itu sebaliknya ingin menguasai keseluruhan tanah air tersebut.

“Pada masa itu, Yasser Arafat setuju dengan solusi ‘two state solution’ dan begitu juga dengan pihak Israel. Akan tetapi mereka tidak tunaikan janji tersebut.

“Bahkan Palestin tidak boleh mempunyai ‘state’. Mereka hanya mempunyai badan berautoriti. Jika diikutkan, kawasan Palestin perlu diberikan hak pemilikan sepenuhnya. 

“Namun kita tahu, Israel telah membina penempatan bagi rakyat mereka di kawasan itu. Saya tidak fikir ‘two state solution’ akan menyelesaikan masalah kerana mereka (Israel) tidak mahu pun melihat perkara itu,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan terhadap Inisiatif Keamanan Arab untuk mempermudah ke arah penyelesaian ‘two state solution’.

Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media Humanity Movement Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia Ke Gaza Di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau turut menggesa semua negara Islam khususnya pengeluar utama minyak dan gas menghentikan penjualan bukan sahaja kepada Israel, malah negara yang menyokong rejim penjajah itu terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Usaha berkenaan penting sebagai tekanan bagi menghentikan serangan Israel ke atas Palestin yang kini berhadapan genosid.- The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Australia haramkan jual vape luar farmasi

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.
  • Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.
  • Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.
  • Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.
  • Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan.

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.

Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.

Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.

Pembaharuan terbaharu ini dilakukan selepas undang-undang pada Mac melarang pengimportan vape kecuali pengimport dengan lesen dan permit.

“Itu hanya fasa pertama dalam rancangan kerajaan.

“Kita memerlukan larangan penjualan runcit ini untuk memastikan undang-undang ini benar-benar berkesan dan untuk membolehkan penguatkuasaan,” kata Pakar kawalan tembakau di Universiti Sydney, Prof Becky Freeman kepada Guardian Australia.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan perniagaan yang menjual vape, bukan penggunanya.

Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending