Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata empat hari di Gaza

Kabinet rejim penjajah zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hamas selama empat hari selepas lebih sebulan berperang, lapor Al Jazeera.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh (kanan).
  • Kabinet rejim penjajah zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hamas selama empat hari selepas lebih sebulan berperang.
  • Pegawai kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, sebagai imbalan, Hamas bersetuju membebaskan 50 rakyat Israel yang menjadi tebusan Hamas.
  • Perjanjian itu dicapai awal pagi Rabu selepas satu rundingan berlanjutan dihoskan Qatar.
  • Hamas dalam kenyataan berasingan menyebut, Israel menerusi rundingan berkenaan juga bersetuju membebaskan 150 warga Palestin yang dipenjara di negara haram itu sebelum ini.
  • Ia juga menyebut rejim Israel akan menghentikan semua tindakan ketenteraan di Gaza dan membenarkan ratusan trak membawa bantuan kemanusiaan, perubatan dan bahan api memasuki wilayah konflik itu.

Kabinet rejim penjajah zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata dengan Hamas selama empat hari selepas lebih sebulan berperang.

Pegawai kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan, sebagai imbalan, Hamas bersetuju membebaskan 50 rakyat Israel yang menjadi tebusan Hamas.

Perjanjian itu juga menyebut bagi setiap 10 tebusan dibebaskan, gencatan senjata sementara itu akan dilanjutkan selama sehari (tanpa menyebut timbal balas pembebasan tahanan Palestin di penjara Israel).

Perjanjian itu dicapai awal pagi Rabu selepas satu rundingan berlanjutan yang dihoskan Qatar.

Hamas dalam kenyataan berasingan menyebut, Israel menerusi rundingan berkenaan juga bersetuju membebaskan 150 warga Palestin yang dipenjara di negara haram itu sebelum ini.

Ia juga menyebut rejim Israel akan menghentikan semua tindakan ketenteraannya di Gaza dan membenarkan ratusan trak membawa bantuan kemanusiaan, perubatan dan bahan api memasuki wilayah konflik itu.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan lebih 14,100 warga Palestin, majoritinya kanak-kanak dan wanita, terbunuh dalam serangan rejim zionis Israel di Gaza, manakala sekurang-kurangnya 1,200 terkorban di wilayah haram Israel.

Sumber: AlJazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *